Makan: Kafé D’Manggis

by | Jan 1, 2014 | Tentang Aku | 0 comments

Ya Kafé D’Manggis ini sangat popular di kalangan penggemar makanan yang suka menggril makanan mereka atau mencelup. Kafé ini terletak di kawasan Kuang, Sungai Buloh dalam kawasan kampung, kafé ini berada di tepi jalan utama berdekatan dengan balai polis jika tidak silap Areel.

Areel pergi ke kafé ini pun apabila Almie menyatakan hasrat dah lama tidak menggril, maklumlah bila dah datang aktiviti kempunan ini kita kenalah memberi peluang kepada diri sendiri betul tak. Areel ada memberi cadangan kepada Almie supaya pergi ke Seoul Garden kat IOI Mall, tetapi Almie ingin mencuba makanan di kafé tersebut.

Otak-Otak pun ada

Dengan harga seorang dewasa RM25.00 secara bufet makan sampai kenyang, Areel rasakan harga ini sangatlah berpatutan berbanding dengan Seoul Garden walaubagaimana pun Seoul Garden mempunyai banyak jenis makananan yang boleh di gril. Kafé ini juga ada menyediakan masakan panas jika anda terasa hendak makan makanan seperti Tom Yam dan sebagainya.

Makanan sejuk beku

Layanan di kafé ini adalah terbaik dan kami dilayan dengan mesra dan hemah sekali, jika anda dalam sekeluarga yang ramai Areel sarankan pergi ke kafé ini sebab satu meja boleh memuatkan seramai 10 orang pada satu-satu masa, jangan lupa untuk membuat tempahan dahulu supaya ada tempat untuk korang nanti.

Di buka pada jam 6 petang, dan pada pendapat Areel korang datang lepas Maghrib pun boleh sebab kebanyakkan keluarga atau kawan-kawan datang pada waktu seperti itu.

Makanan basah

Sayur-sayuran

Yeay Aiskrim

(1521)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *