Automotif: Tayar Duro (Thailand)

Tayar Nouvo LC Areel pada bulan lepas sudah pun menunjukkan tanda-tanda hendak ditukar baru, bila difikirkan balik habiskan duit Areel kali ini kerana tayar depan dan belakang sekali gus hendak ditukar baru.

Misi mencari tayar 16 inci pun bermula, maklumlah kat Puchong ni Areel dah survey kat kedai berhampiran yang ada pun tayar 16 inci ni tayar jenama FKR. Tayar jenama FKR ni pun elok gak tapi ketebalan tayar ni kurang sikit berbanding dengan tayar jenama Duro.

So Areel carilah tayar kat kedai area Taman Dato Harun kat Highway Lembah Pantai tu tepi jalan dekat dengan Shell. Area sini banyak jenis tayar tapi Areel pakai hanya tayar 16 inci so takdelah banyak pilihan sangat.

Tayar Duro (Thailand) ni dalam harga RM 80 satu, ketebalan pun ok baik untuk musim hujan atau panas cuma limit tayar ini kalau lapisan getahnya habis ianya agak keras macam tayar lama. Areel minat pada tayar ni sebab suka pada corak bunganya dan ketahanannya pun agak baik langgar lubang pun rasa lembut je suspensinya pada absorber.

Balancing Rim

(1596)

Please follow and like us:
, , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *