Perisian: Perisian untuk PC (Percuma)

Kingsoft Office Suite

Okay, sekarang Areel nak sembang pasal perisian percuma yang perlu ada pada komputer atau notebook anda, yelah nak beli perisian yang bagus kena ada duit untuk membeli betul tak. Satu perisian mungkin menelan ratusan ringgit.

Sini Areel nyatakan yang mana perisian percuma yang perlu anda ada:

Sistem Operasi – Window 7 Home Premium (Areel beli dalam RM290)

Tidak tanpa mu

1. 7zip – untuk ekstrakkan fail dalam ekstensi .zip, juga untuk mampatkan banyak fail menjadi satu folder yang di zipkan.
2. CCleaner – yang ini penting untuk membersihkan registry dalam komputer anda serta boleh membuang cookies yang tidak berkenaan.
3. Chrome – pelayar web yang amat popular dan lancar ketika melayari internet tanpa lagging, adanya omnibox default korang just buat carian kat alamat web.
4. Kingsoft Office suite – Office suite ini paling penting jika korang ada menggunakan untuk menaip dan sebagainya.
5. ImgBurn – perisian untuk anda menukar data ke bentuk fizikal seperti CD.
6. K-Lite Mega Codec Pack – pemain video serta audio yang mempunyai codec terkini dan antara yang popular seperti ekstensi .mkv, .mp4, .avi dan lain-lain lagi.
7. Picasa – jika anda suka mengedit gambar, perisian ini sesuai dengan keperluan anda.
8. CutePDF – menjadikan fail anda dalam bentuk .pdf sesuai dibaca oleh semua gajet sekarang.
9. Adobe Reader – perisian yang membolehkan anda membuka fail ekstensi .pdf.

Siapa kata ada PC perlu belanja yang besar dengan perisian yang tiada dikenakan bayaran, korang boleh buat macam-macam seperti perisian yang berbayar. Kalau ada masa lebih korang juga boleh meneliti setiap perisian dengan lebih baik lagi.

Korang pun ada perisian tidak berbayar yang korang minat, kalau tak kisah korang kongsikanlah dengan Areel.

(807)

Please follow and like us:
, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *