Hari ini 4 May 2020, kebanyakan syarikat sudah mula bekerja demi meneruskan hidup setelah hampir satu bulan setengah bekerja dari rumah hanya untuk memecahkan rantaian Covid-19 di negara kita.
Oleh yang demikian kita perlu beringat-inga bahawa kita masih belum mencapai sasaran KKM iaitu bebas Covid-19 dan graf menunjukkan kenaikan dalam dua dan tiga hari ini. Jika kita tidak sendiri menjaga diri serta orang di sekeliling kita maka sia-sia sahaja usaha KKM selama ini.
Oleh itu disini saya sertakan langkah berjaga-jaga ketika pergi dan balik ke tempat kerja:

- Jika perlu ke tempat kerja naiklah pengangkutan sendiri lebih baik
- Jika menaiki pengangkutan awam penjarakan sosial antara penumpang dan sabar ketika orang ramai berpusu-pusu

- Pakai mask di tempat awam dan lebih baik berjaga-jaga
- Kerap menggunakan hand sanitizer/basuh tangan dengan sabun jika beralih dari satu lokasi ke lokasi yang lain atau menyentuh objek seperti pemegang tangan
- Elakkan ke tempat ramai orang awam berkumpul atau keluar waktu sebelum atau selepas waktu puncak

langkah berjaga-jaga ketika ditempat kerja:

- Pakai hand sanitizer ketika hendak masuk ke pejabat, tekan bukan lift dan sebagainya
- Jarakkan workstation anda dengan workstation orang lain
- Bawa bekal sendiri jika perlu, gunakan penghantaran makanan, bungkus makanan dan makan di pejabat
- Gunakan e-wallet ketika membeli makanan atau barangan

- Jika menggunakan duit fizikal sanitize dahulu atau masukkan duit baki ke dalam plastik bersih
- Kurangkan waktu bersosial dan balik terus jika sudah tamat waktu bekerja
- Wujudkan dua atau kumpulan berasingan untuk mengurangkan rantaian Covid-19 jika pejabat atau pekerja lain terkena

- Jika bermesyuarat perlunya penjarakan sosial atau mesyuarat secara dalam talian
- Amalan bersalaman digantikan dengan salam di dada
- Amalkan etika batuk dan bersin di tempat kerja

langkah berjaga-jaga ketika di sampai dirumah:
- Pakai hand sanitizer ketika hendak masuk ke rumah dan sanitize objek harian seperti smartphone, kunci dan sebagainya
- Terus mandi dan asingkan pakaian bekerja anda
Pakaian haruslah kerap dicuci atau direndam dahulu dengan air sabun

0 Comments