Chicken Chop Jalan 223 PJ

by | Mar 23, 2012 | InfoReel Its Me | 0 comments

Sedapnya..

Sekarang ini Areel nak ajak kamu semua pergi makan ‘Chicken chop’ kat Jalan 223 PJ hehe tapi bukan Areel yang nak belanjalah diri sendiri je yang belanja. Medan selera di jalan 223 PJ ini berada dekat dengan Amway dan juga The Store, bukan sahaja ada ‘Western food’ malah ada macam-macam lagi makanan yang ada contohnya seperti sup kambing, otak-otak terbaik, satay, masakan panas, nasi lemak panas dan murah dan lain-lain, korang pergi jelah tengok tempat tu.

Tempat ini memang dah lama Areel dan keluarga pergi sejak dari kecil lagi maklumlah ayah Areel yang mula-mula tahu tempat ini kerana dulu dia bekerja dekat kilang dalam kawasan ini juga sebelum kilang itu di tutup operasinya ketika ekonomi gawat dulu.

Em cuma Areel nak beritahu kalau dah sampai dan tidak biasa dengan suasananya harap minta bersabarlah sangat-sangat kerana para pelayan di sini orang ‘oversea’ hehe dan satu lagi terdapat dua tempat yang paling utama untuk anda duduk iaitu di luar dan di dalam medan selera itu kerana terdapat pecahan oleh pembuat minuman di luar orang lain dan sebaliknya. Anda boleh pilih ikut kemahuan masing-masing.

Masa ketibaan di medan selera anda akan di layan seperti ‘Boss’ hehe dan mereka ini akan seperti kicauan burung-burung yang ingin ambil pesanan, harap bersabar dan layan mereka dengan penuh sopan dan santun dan cakap je “nanti saya nak saya order” dan mereka akan faham. Tempat makan ini Areel dah ajak kawan-kawan datang dan rata-rata mereka telah memberikan balas yang agak memuaskan tentang makanan dan persekitaran di sini.

Selalu gak lepak di sini jika hendak makan sup dan makanan barat sebab ianya murah contohnya ‘Chicken chop’ hanya RM8.50 sekarang dan kalau tak silap Areel dulu pada tahun 2000 harganya hanya RM6.00 macam tak percayakan tapi sekarang harga ayam dah naik tuan kedai pun terpaksa menaikkan harga makanan tersebut. Dekat sini memang tak rugi kalau nak makan dan malam minggu je memang kawasan ini akan dipenuhi pelanggan tetap termasuklah Areel hehehe.  

Sekarang jika nak merasa ‘Chicken chop’ silalah bawa keluarga, rakan-rakan ataupun awek sebab tak rugi pergi kat tempat macam ni. Areel dan letakkan google map kat sini, Sekian…

sos lada hitam dan sos oren

 

Kat sini korang google map je..

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *