12 Mei 2020 kebanyakkan syarikat atau perniagaan telah pun dibuka semula demi menyambung kehidupan jalan pula mulai sesak, MRT/LRT pun sama, untung bagi pekerja dalam talian yang mencipta pelbagai platform sekarang ini seperti Shopee, Lazada, Twitter dan lain-lain lagi.

Twitter pula membenarkan semua pekerja mereka bekerja dari rumah untuk mengurangkan kontak Covid-19 arahan oleh CEO mereka iaitu Jack Dorsey, pilihan bijak dari CEO dalam masa yang sama akan mengurangkan kos operasi mereka.

Pejabat hanya perlu ada pegawai penting sahaja seperti pengurusan kanan, pegawai IT, pegawai HR untuk memberi sandaran pada pejabat yang akan dibuka kembali pada September nanti. Twitter juga syarikat terawal yang memberi kebenaran tersebut pada para pekerja.

Di Malaysia jangkaan untuk bekerja dari rumah agak tipis dimasa hadapan kerana negara kita banyak menggunakan pejabat fizikal contoh seperti mengilang, gudang, logistik dan sebagainya.

(4)