Transformasi Rumah Lama Ke Baru Di Ipoh

by | Apr 25, 2020 | Gaya Hidup | 0 comments

Sudah lama saya tidak balik ke Ipoh, Perak kerana kekangan masa dan bekerja, semasa mencari idea untuk menulis terjumpa transformasi rumah lama ini di facebook dan sangat menarik untuk dikongsikan pada generasi sekarang supaya dijadikan inspirasi.

Rumah lama ini sudah berumur 40 tahun dan lokasinya di Taman Kampar, Ipoh dekat dah dengan rumah saudara saya disitu mmg kawasannya agak baik dan campuran taman perumahan lama dan baru.

Pasangan ini membelanjakan sebanyak RM50K untuk memberikan nafas moden iaitu Open Consep atau Bahasa Malaysia Ruang Terbuka, penggunaan warna putih untuk tampak kemas dan luas di samping menukar rangka untuk memaksimumkan penggunaan ruang.

Selain itu susunan perabot mereka yang menarik tampak selesa untuk didiami, pasangan ini menjadikan rumah ini sebagai Home Stay/Airbnb kerana lokasinya cukup strategik dan tidak jauh dari Bandar, kedai dan lain-lain tempat.

Berikut saya sertakan maklumat tentang bayaran penginapan dan juga lain-lain:

  • Isnin sehingga Khamis RM200 semalam, Jumaat sehingga Ahad RM300 semalam
  • 3 bilik berhawa dingin, kipas siling dan katil bersaiz Queen
  • 1 bilik air yang besar
  • Tiada Astro tetapi digantikan dengan Chromecast
  • Peti ais
  • Microwave
  • Penapis air
  • Set pingan mangkuk dan set sudu garfu
  • Terletak tidak jauh dengan Bandar, Econsave dan lain-lain

Kredit kepada Pause Ipoh & MalaysiaHomie, saya berharap juga bila dah cukup duit nak ubahsuai rumah lama ke design moden dan memberikan ia nafas baru.

*Tidak sesuai untuk warga muslim*

(130)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *