
Sekarang netizen tengah hangat memperkatakan tentang Thermomix, perkakas memasak yang menjadi idaman para isteri di luar sana itu yang boleh dikatakan versatile boleh masak apa sahaja termasuk rendang ayam atau daging tanpa perlu mengacau sehingga pecah minyak.
Betul ke sampai boleh masak rendang dengan hanya letak semua bahan-bahan dan tinggalkan sahaja di dapur. Para suami pula bertanya “Apa Thermomix itu? Apa hebatnya sampai isteri saya tergila-gilakan Thermomix tersebut” sambil isterinya menunjukkan gambar Thermomix TM6 baru dengan harga bernilai RM7188.00 (tidak termasuk caj penghantaran lagi) dan juga tidak masuk di akal suaminya itu.
Di sini saya terangkan serba sedikit tentang kegunaan dan fungsi Thermomix, ianya dikatakan boleh mengisar sehingga halus, memukul sehingga kembang, menimbang berat, menguli doh, masak air pun boleh, nak masak stim pun boleh ada lagi tak terkata yang nak masak ala barat dengan adanya juga panel dan dial pun boleh tapi yang saya tahu ianya boleh memasak nasi itu saja.
Punya hebatlah perkasas ini sampai harganya kalah yahudi mabuk, tauke balak pun boleh jatuh miskin macam ini, siap ada 22 fungsi yang berlainan boleh memastikan bacaan gula dalam sesuatu masakan. Jangan kata ini untuk masakan diet yang kalau dah masak itu dan ini memang tiada dietlah, diet pun ke laut woii.
Asal usul Thermomix ini pun dari sebuah mesin pengisar je pun, al kisahnya ianya keluaran perkakas dapur oleh syarikat Vorwerk di Jerman, seperti di bawah adalah gambar keluaran Vorwerk sampailah terjadinya Thermomix ini.

Kelebihan Thermomix di mata para isteri moden seperti berikut:
- Menghancurkan biji kopi, kekacang, ais nak buat frap
- Mengisar buah-buahan dan sayur nak buat smoothie
- Merebus daging secara perlahan Sous Vide
- Mengukus ikan, ayam
- Mengemulsikan sebatian
- Membuat makanan bayi
- Memukul sehingga kembang
- Menimbang cecair dan pepejal mcm kiraan gula
- Menggiling cili kering, rempah
- Menguli doh nak buat donut

Kekurangan Thermomix di mata para suami moden seperti berikut:
- Harga mahal jangan cakaplah sekali beli kalah iPhone
- Hanya di kedai Thermomix ada benda ini tiada kat GoShop
- Tidak boleh merebus macam pressure cooker
- Tidak boleh mengoreng
- Tidak boleh memanggang
- Tidak boleh membakar macam oven
- Servis juga agak mahal kalau dah rosak
Apa pun Thermomix ini memang ada banyak fungsi yang kita ini di benua Asia jarang nak guna semua pun, kalau nak beli sebab anda ada banyak wang atau memang anda jenis yang campak-campak lepas itu pergi mandi tahu-tahu siap sudah ada makanan terhidang, ianya memang pilihan tepat dan terbaik.
Anda semua bagaimana? Perlu ke tidak Thermomix ini atau sekadar nak beli nak tunjuk jiran atau saudara senyum sinis. Komen lah kalau betul itu macam.
(69)
0 Comments