Reviu Tetikus Gaming Tanpa Wayar OEM

by | Oct 30, 2020 | Perkakas Komputer, Reviu | 0 comments

Hari ini aku nak ulas sikit pasal tetikus permainan tanpa wayar, aku memang suka membeli barangan dari China dan kenapa? pertama sebab murah, kedua fungsi barangan sasaran mereka lebih berdaya saing serupa original dan kalau rosak tidaklah ralat sangat bayar mahal-mahal kan geng.

Tetikus permainan tanpa wayar ini kecil dan sesuai simpan di dalam poket atau beg laptop, aku suka menggunakan ketika bermain games seperti FPS CS:GO, Dota 2 dan RTS Star Craft 2, selain itu ianya sesuai digunakan untuk kerja-kerja biasa juga.

Tetikus permainan tanpa wayar ini memiliki 3 variasi DPI iaitu 800, 1200 dan 1600 DPI dan boleh diubah-ubah mengikut citarasa pengguna itu sendiri, bagi aku tentu saja menggunakan 1600 DPI untuk aku berasa ringan mudah menggerakkan kursor tanpa memakan ruang.

Tetikus permainan tanpa wayar ini juga memiliki satu dongle untuk penerima, dan menggunakan transmisi frekuensi tanpa wayar 2.4Ghz sejauh 10 meter untuk jangkauan fungsi so tidak seperti tetikus yang lain menggunakan sambungan Bluetooth.

Tetikus ini memerlukan dua bateri AAA untuk berfungsi ianya tidak seperti tetikus lain seperti jenama Logitech yang hanya memerlukan satu bateri AA untuk berfungsi tetapi bagi aku ianya menjadi satu halangan dan boleh je terus beli bateri yang boleh dicas semula.

Menyokong Windows 10 dan tentunya boleh menyokong OS yang lama tetapi aku tidak pernah mencuba dengan Mac OS, harga seunit masa aku membeli tetikus permainan tanpa wayar ini berharga sekitar RM10 (USD2.50) dengan 5 variasi warna yang boleh korang boleh pilih.

Sumber: Tetikus Gaming Tanpa Wayar

(24)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *