Baru ini saja aku telah membeli Solid State Drive atau pun lebih dikenali sebagai SSD untuk mengantikan pemacu keras yang sedia ada oleh kerana ingin mencuba dan mengamati kepantasan SSD.
Sekarang wajib untuk pemacu keras digantikan dengan SSD dan ianya mampu memberi impak kepada para pengguna dan teknologi terkini untuk memanfaatkan kegunaan dari segi kepantasan dan penjimatan bateri, selain itu juga salah satu sebab komputer riba lebih nipis dan bergaya.
Sandisk dikenali sebagai jenama yang sejak awal mempunyai produk sendiri seperti pemacu kilat, kad memori dan banyak lagi dengan lebih mesra dompet.
Aku menggunakan Sandisk 120Gb pada Thinkpad X240 dan spesifikasi adalah seperti berikut:
– Prestasi / Kelajuan: Hingga 530Mb / s dibaca Kelajuan tulis 310Mb / s
– Antaramuka: SATA Semakan 3.0 (6 Gb / s)
– Kapasiti: 120GB
– Kadar Pemindahan Data: 750 Gb sesaat
Untuk pengujian, aku menggunakan windows 10 Pro yang merupakan sistem operasi (OS) terberat dari Microsoft, Windows 10 Pro menggunakan processor, ram dan SSD anda semaksimum dan memakan masa sekitar 15 minit untuk menyelesaikan pemasangan, ditambah dengan pemasangan Microsoft Office 2013, Adobe Reader, K Lite Mega Codec, jumlah masa Chrome memakan masa sekitar 30 minit yang diharapkan dari kelajuan SSD.
Ia mengambil masa 10 sehingga 30 minit kerana hambatan pada kelajuan pemproses X240 aku sekarang, tetapi yang lain aku tidak menghadapi masalah dengan SSD ini, boot sangat lancar serta loading aplikasi pun agak pantas.
Thinkpad X240 spesifikasi:
Pemprosesan – Intel i5 4300U 1.9Ghz
RAM – Hynix 4Gb 1600Mhz LV
Pemacu Keras – Sandisk 120Gb SSD
(6)
0 Comments