Sehingga hari ini aku masih terkesan dengan pengeluar dari China kerana mereka dapat melakukan sesuatu benda yang berada dalam fikiran aku, contohnya jenama Tomo ini yang mengeluarkan pengecas jenis bateri 18650 tetapi pada masa yang sama menjadi power bank.



Bateri jenis 18650 ini dulu asalnya digunakan sebagai pek bateri untuk menghidupkan komputer riba, kini boleh digunakan dalam banyak peralatan seperti kipas mini, lampu suluh, vape dan banyak aksesori lagi.
Bateri jenis 18650 ini diperbuat daripada Lithium Ion dalam bentuk silinder dan boleh mencapai kapasiti dari 1200-3600mAh mengikut spesifikasi pengilang dengan nilai voltage 3.7V.
Oleh yang demikian, penting untuk mempunyai pengecas untuk mengecas semula bateri, aku suka pengecas Tomo 18650 kerana ia mempunyai banyak variasi untuk 2 sel, 3 sel dan 4 sel slot. Aku telah membeli slot 2 sel dengan harga RM30 (USD4) yang sesuai dibawa kemana-mana kerana ianya kecil dan senang untuk dipegang.


Pengecas Tomo 18650 mempunyai paparan hijau yang menunjukkan bateri masih dalam keadaan caj penuh dan ianya boleh mengecas tanpa kehadiran bateri-bateri yang lain.
Jenama Tomo ini juga mempunyai ciri-ciri perlindungan seperti polariti terbalik yang tidak akan mengecas sehingga polariti yang sama, perlindungan caj berlebihan, dan pemantauan suhu yang membantu melihat ketika senang mengecas bateri.

Seleksi bateri pula terpulang pada korang nak yang macam mana ada yang mahal dan ada murah bergantung kepada nilai poket masing-masing, jika nak kapasiti yang besar harganya pun mahal sikit dan bergantung pada pengilang bateri tersebut seperti Samsung, LG, Sony, Sanyo dan etc.

Korang juga boleh berkongsi dengan aku jika ada yang serupa dengan pengecas Tomo 18650, jadi aku boleh membuat kajian dan pembandingan.
(28)
0 Comments