Print Saja Dari Smartphone Anda

by | Apr 16, 2020 | Aplikasi | 0 comments

Semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) banyak perniagaan secara fizikal terjejas dan banyak juga kedai yang tutup demi mengurangkan jumlah jangkitan Covid 19.

Banyak kedai cyber café dan kedai photostat juga tutup kerana ianya bukan perniagaan yang penting tetapi kerja sekolah anak-anak tetap hendak di selesaikan adanya kelas online, tambahan lagi laptop dan computer juga tiada menyukarkan lagi keadaan.

Jangan risau anda jugak boleh mencetak kerja-kerja sekolah anak anda dari smartphone dan aplikasi dari PrinterShare ini.

Untuk anda menggunakan aplikasi anda memerlukan alat-alat berikut:

  • Smartphone yang boleh menyokong alat OTG (On The Go)
  • Kabel OTG bergantung pada jenis sambungan ke smartphone anda contohnya micro USB, type C USB dan lain-lain (harga dari RM5-15 bergantung jenis-jenis smartphone)
  • Mesin Pencetak (Printer)

Pasang dahulu aplikasi PrinterShare dan ikut langkah-langkah seperti berikut:

  • Contoh pilihan selepas pasang aplikasi tersebut dan pilih dokumen mana hendak di cetak
  • Jika kabel OTG telah di sambung akan keluar pilihan seperti berikut sila pilih Direct USB Connected
  • Pilih Paper Size ke A4 (jika kertas yang hendak di cetak A4), selepas tu pilih Select Printer dan akan keluar mesin pencetak anda
  • Jika ingin mencetak dari muka surat yang perlu anda boleh pilih Range atau pilih All jika semua
  • Printing Compeleted Succesfully dan anda telah berjaya mencetak dari smartphone anda

Begitu mudah sekali teknologi sekarang membantu para ibu bapa dan golongan yang memerlukan untuk menyenangkan lagi proses pembelajaran anak-anak zaman sekarang.

Selamat mencuba, share dan jangan lupa like page facebook infoareel.com untuk tip-tip yang akan dating.

Komen jika anda telah mencubanya atau hendak minta bantuan yang lain-lain.

(42)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *