Kuala Lumpur – Panggung Wayang ini dibuka kembali setelah hampir 4 bulan diberhentikan operasi akibat penularan Covid-19, rata-rata ramai pengunjung tidak sabar kembali untuk menikmati kembali pengalaman menonton di skrin layar yang besar dan alunan pembesar suara yang memberi impak sebenar.

Pembukaan panggung wayang hari ini menperlihatkan penjarakan sosial di antara tempat duduk secara selang seli, penyediaan sanitasi mengikut SOP KKM serta pembayaran secara e-Tunai memberi galakkan bahawa panggung wayang adalah terjamin bebas Covid-19 juga pada masa yang sama mengelak penularan.

Promosi harga tiket yang diberikan oleh pengendali panggung wayang agak menarik iaitu dari RM5 sehingga RM10 dan tambahan promosi kombo makanan juga untuk tidak mengecewakan iaitu dari RM5 sehingga RM8.

Jika anda sudah lama ingin menikmati pengalaman di panggung wayang waktu ini adalah yang terbaik dimana kurangnya gangguan dan jumlah tempat terhad untuk menjamin keselamatan anda.

Maklumat masa dan filem tayangan di laman sesawang berikutnya:
TGV Cinemas
GSCinemas
MBO Cinemas

Amaran: Kanak-Kanak 12 tahun dan ke bawah dan warga emas 60 tahun ke atas tidak dibenarkan sama sekali untuk ke panggung wayang demi menjaga kesihatan golongan tersebut.

(9)