Semasa PKP ini mesti sudah kehabisan idea untuk lepak-lepak dengan ahli keluarga selain dari bersembang, makan bersama-sama dan menonton TV dari awal sampailah sekarang.

Saya ingin cadangkan aktiviti barbeku di dalam rumah iaitu menggunakan smokeless grill, kenapa smokeless grill sebab ianya menggunakan punca kuasa elektrik atau dapur mudah alih yang menggunakan gas butana.

Tiada asap yang akan menggangu jiran tetangga dan anda juga tidak perlu bersusah payah untuk menyalakan api pada arang serta perlu menunggu arang menjadi bara, ianya jimat tenaga, masa dan juga mesra alam.

Kalau kita lihat masyarakat Jepun mereka setiap malam selepas sehari penat bekerja akan melepak dengan kawan-kawan rapat dan tidak ketinggalan dengan ahli keluarga mereka, saya mendapat idea ini dengan melihat gaya hidup mereka di Youtube.

Mereka memilih cara ini untuk bersosial disebabkan dapat mengurangkan stress disamping mengeratkan lagi hubungan sesama mereka, mesti ada masa dengan kawan-kawan dan jarang saya tengok di negara kita selain dari hendak berjumpa disebabkan mengajak masuk MLM, jual insuran dan lain-lain lagi.

Berikut saya senaraikan jenis smokeless grill yang mampu milik:

  • BBQ Grill & Steamboat Hot Pot Shabu (RM35-40)
  • 2000W Smokeless Grill Electric Grill (RM66-70)
  • 2 In 1 Non Stick BBQ Grill (RM80-90)
  • Portable Gas Stove & Grill (RM40-60)

Banyak bahan-bahan mentah kita boleh grillkan contohnya:

  • Makan laut
  • Daging ayam
  • Daging lembu
  • Makanan beku
  • Sayur-sayuran dan lain-lain lagi.

Nampak memang menarik aktiviti barbeku ini ianya sesuai dengan semua jenis rumah.

(16)