Langkah Berjaga-jaga Ketika Bekerja Dan Perlunya Penjarakan Sosial

Hari ini 4 May 2020, kebanyakan syarikat sudah mula bekerja demi meneruskan hidup setelah hampir satu bulan setengah bekerja dari rumah hanya untuk memecahkan rantaian Covid-19 di negara kita.

Oleh yang demikian kita perlu beringat-inga bahawa kita masih belum mencapai sasaran KKM iaitu bebas Covid-19 dan graf menunjukkan kenaikan dalam dua dan tiga hari ini. Jika kita tidak sendiri menjaga diri serta orang di sekeliling kita maka sia-sia sahaja usaha KKM selama ini.

Oleh itu disini saya sertakan langkah berjaga-jaga ketika pergi dan balik ke tempat kerja:

  • Jika perlu ke tempat kerja naiklah pengangkutan sendiri lebih baik
  • Jika menaiki pengangkutan awam penjarakan sosial antara penumpang dan sabar ketika orang ramai berpusu-pusu
  • Pakai mask di tempat awam dan lebih baik berjaga-jaga
  • Kerap menggunakan hand sanitizer/basuh tangan dengan sabun jika beralih dari satu lokasi ke lokasi yang lain atau menyentuh objek seperti pemegang tangan
  • Elakkan ke tempat ramai orang awam berkumpul atau keluar waktu sebelum atau selepas waktu puncak

langkah berjaga-jaga ketika ditempat kerja:

  • Pakai hand sanitizer ketika hendak masuk ke pejabat, tekan bukan lift dan sebagainya
  • Jarakkan workstation anda dengan workstation orang lain
  • Bawa bekal sendiri jika perlu, gunakan penghantaran makanan, bungkus makanan dan makan di pejabat
  • Gunakan e-wallet ketika membeli makanan atau barangan
  • Jika menggunakan duit fizikal sanitize dahulu atau masukkan duit baki ke dalam plastik bersih
  • Kurangkan waktu bersosial dan balik terus jika sudah tamat waktu bekerja
  • Wujudkan dua atau kumpulan berasingan untuk mengurangkan rantaian Covid-19 jika pejabat atau pekerja lain terkena
  • Jika bermesyuarat perlunya penjarakan sosial atau mesyuarat secara dalam talian
  • Amalan bersalaman digantikan dengan salam di dada
  • Amalkan etika batuk dan bersin di tempat kerja

langkah berjaga-jaga ketika di sampai dirumah:

  • Pakai hand sanitizer ketika hendak masuk ke rumah dan sanitize objek harian seperti smartphone, kunci dan sebagainya
  • Terus mandi dan asingkan pakaian bekerja anda

Pakaian haruslah kerap dicuci atau direndam dahulu dengan air sabun

(2)

Please follow and like us:
, , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *