Kulapuk Menyerang Mall Kota Kinabalu

Kulapuk telah menyerang pusat membeli belah Suria Sabah di Kota Kinabalu, gambar dibawah gambar terkini keadaan di Metrojaya Suria Sabah, setelah hampir 2 bulan pusat membeli belah itu tutup arahan dari kerajaan waktu PKP.

Pengendali pusat membeli belah iaitu Kumpulan The MUI mengatakan ada sedikit masalah pengudaraan di bahagian Metrojaya dan menyebabkan kerosakan berlaku pada barang jualan mereka, mereka juga berkeras yang gambar dibawah adalah tujuan kegunaan dalam sahaja untuk mereka mengenal pasti apa permasalahan yang telah berlaku.

Pihak Metrojaya Suria Sabah di halaman Facebook mereka kini telah melakukan pembersihan dan sanitasi bagi menyambut kembali para pelangan dan memastikan pengalaman pembeli tidak terganggu dengan keadaan tersebut.

Di tempat lain juga kelihatan pengusaha panggung tempatan tidak lari dengan permasalahan ini ternyata perlunya pengudaraan tidak kira berada dirumah, pejabat dan lain-lain tempat.

(0)

Please follow and like us:
, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *