Kolaborasi Pawagam Pandu Masuk Oleh TGV Cinemas Dan AEON Ogos ini

TGV Cinemas dan AEON telah bekerjasama untuk mengatur sesi pawagam pandu masuk pada bulan Ogos nanti. Secara rasmi disebut Moonlight Drive-In Cinema, mereka telah memilih dinosaur sebagai tema untuk sesi tayangan filem di luar ini.

Dua filem akan ditayangkan pada sesi ini termasuk Jurassic World dan sekuelnya, Jurassic World: Fallen Kingdom. Pada setiap hari, Jurassic World akan ditunjukkan pada pukul 7:45 malam sebelum diikuti oleh Jurassic world: Fallen Kingdom pada 11:30 malam.

Selain tayangan filem, TGV telah menyatakan di laman webnya bahawa sesi Moonlight Drive-In Cinema juga akan menampilkan tarikan sampingan lain termasuk makanan & minuman, makanan percuma, dan hiburan.interaktif.

Sesi pertama akan berlangsung dari 14 hingga 16 Ogos di AEON Mall Nilai sebelum bergerak ke AEON Mall Bukit Indah pada 21 hingga 23 Ogos dan akan berakhir di AEON Mall Cheras Selatan pada 28 hingga 30 Ogos. Buat masa ini dinyatakan harga tiket untuk sesi Moonlight Drive-In Cinema jika anda berminat boleh mendaftar di laman web rasmi TGV Cinemas di sini.

TGV Cinemas Moonlight Drive-In

Nampak menarik kan untuk merasai pengalaman menonton wayang di luar pawagam dan ini julung kalinya TGV Cinemas & AEON berkolaborasi untuk melakukan sesuatu yang lain dari yang lain di samping memberikan kelainan pada waktu musim Covid-19, selain itu menyakinkan wayang boleh ditonton dengan apa jua cara.

Apa pendapat anda, nyatakan di bahagian komen di bawah.

(2)

Please follow and like us:
, , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *