– 7 kes baharu dikesan, 6 daripadanya adalah kes import, dan 1 kes tempatan
– 1 kluster baharu dikesan di Melaka, iaitu Kluster PUI Novgorod
– 4 kes ditempatkan di ICU dan 3 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan

Pihak KKM ingin mengingatkan semua individu yang diletak di
bawah pengawasan dan pemantauan di rumah (home
surveillance) supaya sentiasa mengamalkan langkah–langkah
berikut seperti yang ditetapkan dalam Garis Panduan
Pengurusan COVID-19 di Malaysia No.5/2020 (Annex 10a dan 10b: Home Assessment Tool). Antara syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

• Sentiasa berada di rumah sepanjang dalam tempoh
pengawasan ini;
• Hadkan pelawat atau tetamu yang datang ke rumah anda;
• Rekodkan pelawat yang menziarahi anda dan kemukakan
kepada pihak kesihatan sekiranya diminta;
• Pastikan jarak anda dengan mereka yang sihat (iaitu termasuk
ahli keluarga) sekurang-kurangnya 1 meter.
• Sekiranya anda bergejala, sentiasa pakai alat pelitup separuh
muka (penutup hidung dan mulut – facemask)
• Jika tidak memakai facemask, tutup mulut dan hidung anda
menggunakan tisu apabila batuk atau bersin.
• Sentiasa amalkan adab batuk yang baik.
• Sekiranya perlu keluar rumah (misalnya untuk ke klinik), pakai
facemask dan elakkan dari ke tempat-tempat yang sesak.
• Elakkan penggunaan kenderaan awam, sekiranya perlu
gunakan memakai facemask.
• Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri
seperti berus gigi dengan individu serumah yang lain;
• Cuci peralatan makanan yang digunakan dengan air dan
sabun sebelum digunakan semula.
• Pastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik dengan
membuka tingkap

Sumber: KKM

(2)