Jellybean A2000 Alcatroz Keyboard Wireless Terbaik

Di musim PKP ini Areel kena bekerja dari rumah atas arahan PM kita dan pada masa itu jugalah bahagian IT pejabat menjadi kelam kabut akibat permintaan tinggi untuk setup laptop dan menyediakan platform untuk mesyuarat maya, VPN dan sebagainya.

Areel biasanya memang menggunakan PC All in One (AIO) pejabat serta keyboard mekanikal sendiri dan kurang sedap jika menggunakan laptop sebenarnya.

Oleh itu Areel pun telah memesan papan kekunci kombo baru wireless supaya senang untuk menaip nombor dan mengdraf email.

Areel tertarik dengan wireless kombo ini dari Alcatroz ini iaitu Jellybean A2000 disebabkan ianya mirip-mirip keyboard mekanikal dan saiznya kecil sedikit dari yang biasa dan ringan. Ianya didatangi dengan mouse, mouse pad dan bateri.

Memang sedap betul apabila menaip dan menggunakan keyboard ini seakan-akan brown switch keyboard mekanikal di pejabat tambahan yang penting ianya wireless, tidak akan serabut dengan penuh wayar di workstation rumah.

Jarak untuk menaip juga tidaklah jauh dari satu key ke key yang lain tambahan pula key nya jenis suspended iaitu timbul dan merasa apabila menekan, selain itu key nya yang bulat dapat menjimatkan ruang dimensi dari keyboard yang biasa malah ianya ringan sesuai juga di bawa ke mana-mana.

Keyboard ini secara default atau asal memang ada incline nilai ergonomic yang ada supaya pergelangan tangan apabila menaip tidak akan merasa penat. Keyboard ini juga apabila menaip ianya jenis senyap dan tidak menambah ganggu bunyi di persekitaran.

Mouse nya pula bagi Areel adalah biasa-biasa sahaja nilai DPI nya 1200 tetapi yang menariknya mouse ini apabila hendak mengisi bateri dan mencari dongle receiver kena buka dari atas dan bukan dari bawah seperti wireless mouse yang lain.

Keyboard ini terdapat dalam warna-warna seperti di bawah dan Areel memilih warna merah hitam sebab yang obvious iaitu kalau warna putih nanti akan menjadi warna kuning atau kotor. Harga untuk kombo ini adalah RM44.90 sehingga RM49.90.

Pada Areel ternyata tidak rugi dalam melabur untuk kita mendapat keselesaan di waktu bekerja di rumah dan penghantaran dari syarikat induk mereka Leapfrog juga hanya beberapa hari sahaja, good job.

Di sini Areel listkan Pros and Cons kombo ini.

Pros:

  • Saiz yang medium dan ringan
  • Key yang bulat dan suspended
  • Wireless of course
  • Kualiti binaan yang baik
  • Di datangi dengan bateri

Cons:

  • Layaout keyboard mengambil masa nak di sesuaikan
  • Kualiti binaan mouse boleh diperbaiki

So conclusion nya wireless keyboard kombo ini mmg terbaik buat sekarang tambahan lagi ianya kecil dan ringan, kualiti binaan yang bagus terutamanya keyboard, tidak rugi kalau beli pun dan terdapat pelbagai variasi warna yang menarik.

(3)

Please follow and like us:
, , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *