Gerak Malaysia Permohonan Untuk Rentas Negeri Semasa PKP

by | Apr 26, 2020 | Aplikasi | 0 comments

Perdana Menteri semasa berucap telah memberi sedikit kelonggaran untuk penduduk rakyat Malaysia untuk rentas negeri pada 1 sehingga 3 Mei 2020 dimana ramai rakyat masih lagi sangkut atau terkandas seperti pelajar-pelajar IPTA/IPTS, pekerja yang outstation, yang balik kampung semasa PKP pertama dilaksanakan dan lain-lain lagi.

Anda perlu membuat permohonan terlebih dahulu pada 26 April 2020 menerusi aplikasi Gerak Malaysia, kemudiannya perlu lagi mengemas kini pada 29 Apr 2020 untuk pengesahan lokasi yang dituju dan jika status permohonan anda layak anda boleh merentas negeri pada 1 sehingga 3 Mei 2020 sahaja.

Pengunaan aplikasi ini penting bagi mengurangkan penyebaran Covid-19 dimana pemohon tidak perlu datang ke Balai Polis untuk memohon sebaliknya memudahkan kerja dan menjimatkan masa untuk tidak perlu beratur.

Cara-cara mengunakan aplikasi Gerak Malaysia:

  • Muat turun aplikasi Gerak Malaysia di Play Store, Apple Store atau Huawei Apps Gallery
  • Membenarkan GPS diakses untuk mengetahui lokasi semasa permohon
  • Isi semua maklumat yang diminta
  • QR kod yang diberi adalah pas khas untuk digunakan nanti

Selain itu aplikasi ini bertindak sebagai alat kecemasan untuk menghubungi saudara terdekat, pas khas untuk keluar rumah dalam 10KM, mendapatkan khidmat penting seperti baiki kerata dan mendapatkan rawatan perubatan.

Diberitahu juga sepanjang lebuhraya PLUS tiada kedai makanan di R&R, surau ditutup dan hanya stesen petrol juga tandas awam sahaja dibuka dari pukul 6 pagi sehingga 12 malam, selain itu mereka perlu merancang perjalanan sendiri.

(83)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *