Semasa musim PKP ini macam-macam aktiviti boleh dilakukan dari memasak, menukang, mengemas dan lain-lain lagi, tapi yang paling menarik adalah memasak dan mencuba pelbagai resipi baru.

Sesiapa saja yang tidak mencuba resipi Dalgona Coffee yang viral sejak awal waktu PKP boleh mencubanya tanpa menggunakan pemukul (Whisk) sebaliknya hanya menggunakan botol terpakai.

Botol kenapa hanya botol? Sebab botol membolehkan sebatian digoncang sehingga sebati sama prinsip seperti pemukul cuma kekurangannya adalah sebatian tidak akan dapat segebu dan selicin, hanya makan masa selama 5 minit anda sudah boleh menikmati Dalgona Coffee yang viral ini.

Resipi Dalgona Coffee adalah seperti berikut:

  • 2 sudu Nescafe atau serbuk kopi (bergantung pada kekuatan kopi tersebut saya hanya guna 1 sudu sahaja)
  • 2 sudu gula (sama dengan kopi saya hanya guna 1 sudu juga)
  • 30ml ke 50ml (bergantung dengan pada jumlah kopi dan gula)
  • Botol 500ml atau pemukul

Larutkan dahulu sebatian dengan air suam sehingga gula dan kopi larut, kemudian masukkan ke dalam botol dan goncang selama 5 minit tanpa henti, jika larutan sudah menampakkan buih-buih anda sudah dekat mencapai tahap yang dikehendaki dan anda perlu goncang sehingga larutan semua bertukar menjadi buih-buih jika sudah berhenti.

Anda juga boleh taburkan serbuk milo, coklat rice, sirap coklat atau buih susu dia atas buih Dalgona untuk mendapatkan karakter pada kopi anda.

Anda boleh hidangkan dengan susu suam atau susu sejuk, susu mestilah diisi dahulu dan kemudian letakkan buih-buih Dalgona tersebut diatasnya.

Asal usul Dalgona Coffee ini dari Korea kerana waktu tersebut mereka telah dikuarantin atau Lockdown dari keluar rumah, semesti yang anda tahu mereka gemar meminum kopi buatan tangan dan banyak café-café tumbuh bagaikan cendawan.

(13)