Hi korang hari ini aku nak kongsikan cara untuk mendaftar sebagai rakan penghantar Grab Food, yelah waktu-waktu seperti ini aku pun tidak terkecuali dari pemotongan gaji oleh kerana syarikat aku tidak lagi beroperasi dalam waktu kapasiti penuh.
Aku memilih Grab Food oleh kerana waktu berkerja adalah fleksibel sesuai dengan jadual aku dan gaji pula ikut korang nak tunaikan bila korg mahukan RM10, RM20, tambahan pula aku tidak perlu pening kepala berfikir tentang nak pegang duit semuanya adalah cashless dan korang hanya ambil dan hantar.
Korang taip https://www.grab.com/my/driver/delivery-partner/ atau klik sahaja link yang aku Grab Food linkkan sini untuk terus ke page pendaftaran dan situ korang follow apa yang Grab minta, SMS/Text akan diberi untuk login untuk lengkapkan permohonan, korang just upload saja dan pastikan semua dokumen-dokumen semuanya sah untuk pendaftaran.
Selepas upload korang kena buat apa, ha tunggu sampai dapat SMS/text lagi mengatakan korang layak dan akan ditemuduga secara dalam talian, pada waktu itu korang kena tunjukkan semua dokumen yang korang upload tu secara dalam talian, jika lulus korang akan diterima menjadi rakan penghantar.
Opps bukan itu saja korang kena sediakan RM50 untuk deposit bag Grab Food yang berwarna hijau tu dan kena beli melalui MOL pay, Speedmart atau secara dalam talian masukkan dalam app Grab Driver, app korang boleh download dekat Play Store/Apps Store. Korang juga akan dapat SMS/Text untuk mengambil bag di Grab HQ di Jaya One.
Selain itu jangan lupa pula untuk mengambil suntikan thypoid di klinik kerajaan atau swasta dan range harga dalam RM50-RM75 ikut poket dan waktu masing-masing, korang akan diberikan RM41 claim thypoid setelah korang upload kad dalam apps nanti.
Keperluan untuk menjadi rakan penghantar:
- Telefon pintar yang berfungsi (iOS atau Android) dengan pelan data
- Berumur 18 tahun ke atas
- Warganegara Malaysia
- Akses ke motosikal (dengan Lesen Memandu Malaysia yang sah)
- email yang sah dan diguna pakai sampai bila-bila
ID korang akan dapat adalah ID Diamond atau dipanggil Regular Fleet dimana ID ini diberikan insentif ketika waktu puncak ianya bermula pada 11pagi-2 tengahari dan 6petang-9 malam setiap hari diberikan mengikut negeri masing-masing, dalam servis ini korang akan dapat 4 jenis type penghantaran iaitu Grab Food (Halal dan Non Halal), Grab Mart, Grab Express dan Grab Express Same Day (Terus dapat 5 job sekali), 1 Diamond bersamaan 0.10 Sen dan GE Same Day akan dapat 60 Diamond setelah selesai menghantar.
Aku bagi tip sikit untuk menjadi rakan penghantar Grab Food ini, untuk telefon pintar korang kena ada atleast 32gb Rom dan 3gb Ram untuk memastikan app Grab berjalan tanpa masalah dan juga bateri berkapasiti tinggi 5000mAh ke atas, macam aku pula aku pakai Redmi 7A 16gb Rom dan 2gb Ram memang rasa menyesal juga sebab app dorg ini rajin update dan makan Ram tinggi dan bateri pula berkapasiti 4000mAh.
Pelan data pula korang better ambik pelan data unlimited dengan panggilan sekali sebab, app grab ini memang guna data sahaja dan pelan panggilan unlimited sebab korang kena rajin call customer sebab nak beritahu yang korang dah sampai, masa ini nanti korang akan rasa azabnya nanti hahaha.
Aku pula akan beli bag tote dua untuk Halal Food sebab kadang-kadang masuk mall nampak profesional sikit bila pegang bag tote Grab tu, vendor akan tanya korang ini siapa pulak duduk bersidai depan kedai dorang nanti.
Grab akan bagi seperti berikut:
- Bag Grab Food V4
- Grab Mart
- Tempat letak Air
- Tulang untuk bag
- Bag tote For Non Halal
- Alas untuk bag
- Jacket Grab Food (Sila pilih satu saiz lebih besar dari korang pakai selalu)
Motor pula tidak kisah motor jenis apa korang nak pakaikan asalkan korang selesa atas motor, motor pula korang nak mod macam mana pun korang punya hal yang penting korang kena hantar pesanan mesti sampai ke tangan customer.
Itu jelah aku nak kongsikan pengalaman aku sebagai rakan penghantar, untuk yang baru dapat atau sudah menjadi rakan penghantar tu selamat mencedok dan kalau jumpa rakan penghantar yang lain-lain tu tegurlah sikit sebab nanti dorang juga yang akan tolong korang dan sebaliknya.
(523)
0 Comments