Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanan etnik dan salah satu tempat wajib para pelancong singgah untuk menikmati pelbagai juadah makanan.
Sejak wabak Covid-19 merebak di seluruh dunia, Perdana Menteri Malaysia yang ke 8 telah mengumumkan Malaysia perlu penutupan dan penyekatan (Lockdown) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penyebaran wabak tersebut.
Pembelian panik mula berlaku dan rakyat Malaysia berdepan dengan wabak yang tidak pernah mereka jangkakan.
Pada pemerhatian saya keperluan penting rakyat Malaysia yang perlu ada di dalam rumah adalah seperti berikut:
- Beras (kena ada kalau tiada mengigil tangan nanti)
- Minyak masak (penting nak mengoreng pisang nanti)
- Gula (nak campur dengan teh nanti)
- Garam (tiada garam mana nak sedap masakan)
- Kicap (tiada kicap tiada selera nanti)
- Susu (penting ini nanti tiada Dalgona Coffee)
- Biskut (minum petang bersama teh)
- Bijirin (untuk anak-anak sarapan)
- Nescafe/Teh (penting untuk buat Dalgona Coffee)
- Makanan dalam tin seperti sardin, sup Campbell dan lain-lain
- Mee segera (jemu makan nasi makan mee segera)
- Roti buku (paling penting ini, ramai yang sanggup tunggu lori sampai)
- Barang basah yang lain-lain
Anda pula bagaimana? Ada barang-barang penting tidak ada dalam senarai seperti di atas, jika ada sila komen di bawah.
Jangan lupa untuk berjimat cermat, di jangka PKP akan di sambung nanti.
(18)
0 Comments