ASNB Perkenal Pengeluaran Dalam Talian

by | May 12, 2020 | Maklumat | 0 comments

KUALA LUMPUR, 20 April 2020: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat pengurusan unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian untuk tabung-tabung unit amanah terpilih di bawah pengurusannya menerusi portal myASNB bermula hari ini. Kemudahan ini bertujuan memberi lebih fleksibiliti kepada para pelabur dalam pengurusan pelaburan masing-masing dan pada masa yang sama, dapat memastikan mereka kekal fokus terhadap objektif pelaburan, khususnya bagi mengimbangi keperluan kewangansemasa dan jangka panjang.

Ini selaras dengan komitmen ASNB untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelabur, terutamanya dalam memastikan keperluan kewangan pelabur dapat dipenuhi pada setiap masa. Menerusi kemudahan pengeluaran ini, pemegang unit boleh mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB kecuali ASN Sara 2 dan ASN Equity 5.

Jumlah tersebut seterusnya akan dipindahkan ke akaun bank pelabur yang didaftarkan di myASNB pada hari bekerja yang berikutnya. Waktu pengeluaran dibenarkan adalah mengikut waktu operasi sedia ada portal myASNB iaitu:

  • Unit Amanah Harga Tetap 7:00 pagi – 6:00 petang waktu tempatan, Isnin hingga Ahad kecuali cuti umum
  • Unit Amanah Harga Berubah 7:00 pagi – 4:00 petang waktu tempatan, Isnin hingga Ahad kecuali cuti umum

Pemegang unit dibenarkan membuat pengeluaran dengan jumlah minimum sebanyak RM100 bagi setiap transaksi. Walau bagaimanapun, kemudahan pengeluaran menerusi myASNB ini dihadkan kepada tiga kali transaksi setiap bulan dengan jumlah maksimum terkumpul sebanyak RM500 dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pelabur. Kemudahan pengeluaran dalam talian ini juga akan ditawarkan menerusi aplikasi mudahalih myASNB bermula 27 April 2020.

Untuk maklumat lanjut, para pemegang unit boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim di

www.asnb.com.my atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASNB di talian 03 –7730 8899.

(22)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *