Tahun 2020 virus Covid-19 menyerang dan mengubah gaya normal kepada norma baru dan Kod QR telah menjadi satu keperluan di semua premis dan wajib ada untuk memudahkan para pengunjung untuk mendaftar masuk demi mengurangkan kadar sentuhan, dengan hanya satu Kod QR boleh digunakan oleh semua lapisan pengguna.
Selain memudahkan para pengunjung, ia juga menjimatkan masa dengan hanya mengimbas QR kod dan selebihnya hanya mendaftar maklumat sedia ada pada sistem premis tersebut dengan hanya menggunakan telefon pintar.
Penting untuk mengetahui mana satu aplikasi pengimbas yang berkesan dan tidak menganggu penguna dengan meminimakan iklan yang disertakan dalam aplikasi tersebut.
5 Aplikasi Pembaca adalah seperti berikut:
- Pengimbas QR PERCUMA: Pengimbas Kod Bar & Pengimbas Kod QR – Simple Design LTD


- Pengimbas Kod QR – Cooling Perfect App

- Pengimbas Kod QR 2020 – Silver Lab

- Pengimbas Kod QR 2020 – Adadev

Asal Usul QR kod dicipta pada tahun 1994 oleh Masahiro Hara dari syarikat Jepun Denso Wave, tujuannya adalah untuk mengesan kenderaan semasa pembuatan dengan menggunakan pengimbasan komponen berkelajuan tinggi.
Kod QR kini digunakan dalam konteks yang lebih luas, termasuk aplikasi pelacakan komersial dan aplikasi berorientasikan kemudahan yang ditujukan untuk pengguna telefon bimbit (disebut penandaan mudah alih).
Kod QR dapat digunakan untuk menampilkan teks kepada pengguna, untuk menambahkan kontak vCard ke perangkat pengguna, untuk membuka Uniform Resource Identifier (URI), untuk menyambung ke rangkaian tanpa wayar, atau untuk menulis email atau pesan teks.
Terdapat banyak penjana kod QR yang tersedia sebagai perisian atau alat dalam talian yang percuma, atau memerlukan langganan berbayar. Kod QR telah menjadi salah satu jenis kod dua dimensi yang paling banyak digunakan.
(35)
0 Comments