0

Menara PNB 118 (KL 118)

Hari ini aku nak bercerita sikit pasal Menara PNB 118 ni walaupun aku bukan reti sangat pasal seni arkitek sekolah pun tak tinggi macam menara ni.

PNB 118, nama pun dah tunjuk berapa tingkat dia nak buat so akan ada 118 tingkat untuk ofis dan jugak akan ada hotel macam Four Season Hotel kat sebelah Menara Maxis tu.

Ketinggian PNB 118 ni tak tinggi sangat pun cuma lebih sikit je iaitu 600 meter (610 or 630 meter) dan kalau siap PNB 118 akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia (Twin Tower akan jadi secondla) dan dalam sepuluh tertinggi di dunia.

Ciri-ciri PNB 118 ni best sebab ia akan ada 83 tingkat untuk ofis mewah, 17 tingkat lak untuk Park Hyatt Hotel kalau nak tahu hotel ni pegang 5 bintang rating ya dan jugak paling syok untuk flipper or investor long term la ia ada service residen bai, view tu memang mahal.

PNB 118 ni akan bersambung dengan Merdeka 118 yang bertindak sebagai mall dalam bangunan  dengan 7 tingkat dan juga stesen MRT Merdeka yang sedia ada sekarang ni, dengan keluasan 900,000 sqft

Tenant untuk PNB 118 ni semua untuk company subsidi PNB la kata menara PNB tak kan lak Petronas lepak sini lak hahaha selain dari ofis mewah tu lah.

Aku tak sabar lak nak ambik gambar untuk dijadikan hiasan dinding kat rumah aku tu, yelah asyik poster movie aje boring lak.

PNB 118_2

PNB 118_1 (167)

infoareel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *