Minat untuk berbarbeku di luar rumah menggunakan dapur arang nyata agak susah untuk direaliasikan oleh faktor yang tidak dapat dielakkan seperti cuaca, kawasan persekitaran dan juga bajet jika makan di luar.

Setelah meneliti dan mencari di aplikasi telefon pintar, akhirnya dapur mudah alih jenama Global menjadi pilihan kerana membeli dapur mudah alih ini disertakan 4 tin gas memasak dengan percuma.

Dapur mudah alih ini digunakan untuk membuat barbeku di dalam rumah seperti di dalam drama Korea dimana mereka suka memasak secara memanggang atau merebus.

Ternyata dapur mudah alih ini memberi lebih dengan rangka badan yang teguh, sistem keselamatan yang bagus untuk tin gas mudah alih dan juga ringan untuk dibawa kemana saja.

Kadar pembakaran yang bagus membolehkan makanan dimasak dengan baik sekali dan sekata bergantung pada jenis kuali yang digunakan.

Global_Gas_Stove

Global_Gas_Stove_1

Global_Gas_Stove_4

Global_Gas_Stove_3

Global_Gas_Stove_5

(487)