Alat dengar tanpa wayar sekarang menjadi ikutan terkini kerana ianya ringan dan senang dibawa kemana saja terima kasih di atas perkembangan teknologi dunia para pengilang dapat mengecilkan saiz PBC dan bateri Li.

Sini saya sertakan reviu untuk alat dengar Remax SB2 Magnet Bluetooth, jenama Remax ternyata tidak asing lagi dalam aksesori dunia telefon pintar.

Pada pendapat saya Remax SB2 adalah lebih baik daripada keluaran yang lain mempunyai kemasan yang agak baik akan tetapi ianya agak besar jika anda memakainya.

Mod bersedia adalah lebih dari dua hari berturut, saya mendengar lagu kegemaran lebih kurang 4 jam tanpa henti dan jika bercakap melalui nya lebih kurang dalam 5 jam. Pengecasannya agak lambat sedikit iaitu lebih kurang 2 jam dan ianya di cas melalui pengecas 2.4 Amps dan mengunakan kabel telefon remax sendiri.

Jarak dari telefon pintar anda dan juga alat dengar ini adalah 10m sahaja dan jika ianya jauh otomatik alat dengar akan tertutup, SB2 juga dilengkapi dengan pelekat magnet untuk anda sangkut di leher ikat atau buka.

Alat dengar SB2 juga mempunyai kelemahan iaitu kurang bass dan agak perlahan berbanding seperti alat dengar wayar.

Lazada Link: Remax SB2

(385)