0

Perkakas PC: Rapoo 8000 Wireless Combo

Reviu Rapoo 8000 Wireless Combo ini adalah combo papan kekunci dan tetikus, Areel ingin gunakan combo ini untuk kurangkan penggunaan wayar dan selain itu nampak kemas serta ada gaya.

Papan kekunci (keyboard) adalah seperti saiz sebuah laptop 14 inci dan ketebalan nya agak sedehana berbanding papan kekunci penuh yang biasa. Butang taip juga amat lembut dan tidak perlu tenaga yang lebih untuk menaip.

Tetikus (mouse) pula, Areel kurang suka tetapi jika anda tidak menggunakan untuk tugas harian sudah cukup bagus dan comel juga.

Combo ini menggunakan 2 saiz bateri AA, satu untuk papan kekunci dan satu untuk tetikus. Areel sudah gunakannya dalam 6 bulan dan masih lagi boleh bertahan untuk beberapa bulan lagi.

Boleh di dapati dalam lingkungan harga RM50-60.

(517)

infoareel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *