Kisah Areel: Projek Home Theater PC (HTPC)

Assalamualaikum kawan-kawan, Selamat Hari Raya Areel ucapkan kepada korang semua hehe masih lagi mode raya ek, yelah masih banyak open house yang korang nak ziarah yang diajak oleh saudara-mara serta rakan-rakan korang.

Hari ini Areel nak sembang pasal Home Theater PC atau shortform nya HTPC, projek ini memang sudah lama nak buat cuma maklumlah kekangan bajet saje hehe yang menyebabkan terbantut. TV LED sudah pun dibeli pada tahun lepas so sekarang nak adakan ialah media player yang boleh mainkan lagu, cerita wayang dan melihat gambar keluarga.

Areel pun ushalah gak mana part yang Areel nak beli dan gunakan part yang sedia ada ini, Areel berkenan pada jenama Asrock E350M1 ni, E350M1 ini adalah mainboard dengan cpu dua teras yang disolderkan sekali dan ianya adalah teknologi dari AMD yang dikeluarkan pada tahun 2010.

Selain itu E350M1 ini disertakan sekali dengan grafik Radeon HD 6310 yang boleh memainkan permainan video yang tidak memerlukan grafik tinggi dengan baik sekali, boleh dikatakan memang dalam bajet.

Setelah part telah dipasang dan dihidupkan, resolusi dalam LED TV ialah 1080P iaitu dalam Full HD ternyata wayang yang dimainkan sungguh mengagumkan dan jelas. Wayang adalah dalam format 720P dan CPU boleh menampung wayang format 1080P tanpa sangkut-sangkut.

Harga pada masa itu adalah RM209.00

Berikut adalah spesifikasi HTPC Areel:
1. Mainboard dengan CPU – Asrock E350M1 1.6Ghz Dua Teras
3. Storan – Western Digital Blue 500Gb
4. Memori – Kingston Value 2Gb 1333Mhz DDR3
5. Casing SFF dan PSU jenis SFX 250W
6. DVI to HDMI kabel (HTPC ke LED TV)

(704)

Please follow and like us:
, , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *