Info: Skandal Kitar Semula Minyak Masak

by | Sep 10, 2014 | Maklumat | 0 comments

Okay ini adalah info dari negara China, Areel tidak pastilah kalau di Malaysia ada buat macam ini atau tidak cuma nak berkongsi pendapat dengan korang saja. Skandal kitar semula minyak masak ini di China dilakukan oleh pengusaha kecil-kecilan yang mengitar semula minyak masak yang telah dibuang melalui pembetungan.

Di China akibat kenaikan harga barang keperluan dapur contohnya seperti minyak masak menyebabkan pengusaha memikirkan alternatif lain untuk mendapatkan keuntungan tanpa memikirkan akibat akan pembuatannya.

Minyak masak yang dibuang akan diambil oleh pengusaha ini di pembetungan, minyak masak secara semulajadi adalah bahan yang paling ringan diantara air dan bahan yang lain. Minyak ini akan diambil dan dibawa terus ke kilang dimana akan dimasak dan ditapis untuk menghasilkan minyak yang tiada bendasing serta bersih. Akhir sekali ialah proses dimana minyak yang dikitar semula itu dicampurkan dengan lemak haiwan yang paling murah penghasilan korang boleh agak yang mana.

Produk akhir minyak masak yang dikitar semula adalah seperti minyak yang baru keluar dari kilang memprosesan minyak, cuma lebih murah dari segi harga.

Peringatan gambar-gambar ini mungkin akan meloyakan tekak korang, sila ambil nafas dalam-dalam dahulu.

(804)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *