0

Automotif: Penyerap Hentakan Baru

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera, lama juga tak mengemaskini blog Areel ini terasa macam di tinggalkan pula sejak ada projek berniaga ini. Berbalik pada tajuk seperti di atas dan semua tahu Areel masih lagi menunggang Nouvo LC untuk pergi kemana-mana sahaja.

Penyerap hentakan NLC Areel berlaku kebocoran akibat jalan raya yang tidak sekata dan banyak lubang-lubang kecil dan besar sejak ada pembinaan sambungan LRT Ampang Line ini, maklumlah pembinaan pula betul-betul di jalan utama kenderaan keluar masuk dan mereka mengambil sebahagian besar jalan raya dan mereka juga tidak mengamal dan mengambil kisah hati pengguna jalan raya disini yang berhadapan dengan jalan raya yang teruk serta sempit.

Kemalangan kecil juga berlaku dan mereka masih lagi berdegil, mereka tiada profesionalism dalam melakukan pembinaan ini dengan mengutamakan keselamatan pengguna atau penduduk di tempat kerja mereka.

Areel juga salah satu pengguna jalan raya disitu yang telah menerima impak dari kerja-kerja pembinaan mereka, NLC Areel telah berlanggar dengan jalan yang agak keras dan tidak sekata menyebabkan penyerap hentakan NLC di bahagian depan dan belakang mengalami kebocoran, ini adalah satu kerugian yang dialami oleh Areel dan mungkin orang lain juga.

Areel pun telah ke bengkel motorsikal biasa untuk bertanya harga akibat kerosakkan yang berlaku pada NLC Areel ini, Setelah bertanya dan diberi harga iaitu RM55 untuk servis penyerap hentakan di hadapan dan di belakang pula Areel terpaksa membeli satu set baru di bahagian belakang iaitu RM190 jenama Racing Boy jenis boleh di laraskan.

Apalah nasib orang ramai dan tidak diminta untuk benda-benda ini berlaku, apa-apa pun Areel nasihatkan supaya korang semua mencari alternatif jalan lain untuk dijadikan jalan sementara menunggu pembinaan LRT ini siap sepenuhnya pada tahun 2016 huhu. (690)

infoareel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *