Rakit diperlukan di LDP

Okay kelmarin Areel sangat-sangatlah tensi sebab masa nak balik dari tempat kerja, lebuhraya LDP yang Areel selalu lalu tiba-tiba trafik sesak giler rupa-rupanya disebabkan banjir oleh hujan lebat yang melanda petang tersebut. Pada asal pemikiran Areel mestilah ada kemalangan kecil atau kereta rosak yang mengakibatkan kesesakan tetapi apabila melihat banjir setinggi anggaran 1 hingga 1.5 meter Areel terkejut sangat-sangat.

Areel pada masa itu memang terasa amatlah sakit hati sebab keadaan tersebut menyebabkan semua kereta yang berada di jalan raya ingin mengambil ruang yang sedikit untuk kami yang menunggang motorsikal ini lalu dan terbantut perjalanan tambahan lagi mereka panik melihat jalan raya yang ditenggalami air.

Sebelum itu anggaran pada pukul 5 petang keadaan hujan lebat itu juga telah membuatkan IOI Mall dimasuki air pada aras bawah premis tersebut, memang pekerja dan pelanggan dapat main tema air secara percuma heehee hari itu jelah, rasanya ini banjir paling teruk sejak banjir yang melanda IOI Mall sahaja pada tahun 2006 (kalau tak silap Areel lah). Kerugian paling teruk ialah kenderaan yang diletakkan di aras bawah tempat letak kereta dimasuki air dan ianya sah memang kena buat overhaul lah macam ni melayang duitlah tak pasti boleh di tuntut insuran kenderaan masing-masing.

Aeon dibanjiri bukan dengan pelanggan hehehe

Di kawasan situ juga terdapat tempat projek untuk pembangunan MRT dan di sebelah Kolej Universiti Binary tersebut terdapat pembangunan terbaru IOI Properties yang kedua-duanya berkemungkinan menyebabkan saluran perparitan tersumbat lalu mengakibatkan banjir.

Em nasiblah

(952)