Konsol: Steam Machine oleh Valve

by | Nov 10, 2013 | Teknologi | 0 comments

Jika korang adalah gamers tegar korang akan tahukan apa tu Steam yang dikendalikan oleh Valve, Steam adalah perisian dalam talian dimana semua permainan video boleh dibeli secara dalam talian dan boleh bermain dengan pemain lain dalam talian juga. Permainan video yang popular di Steam seperti Dota 2, CS:GO dan lain-lain lagi.

Dalam tahun ini terdapat ura-ura yang mengatakan Steam akan membuat konsol permainan dan sistem operasi sendiri berasaskan sistem operasi linux untuk memfokuskan permainan video secara terus. Khabar angin tersebut pun telah menjadi realiti dengan Steam Machine dengan SteamOS telah di hantar kepada pengguna Beta untuk diuji seterusnya akan dijual kepada pengguna akhir.

Spesifikasi Steam Machine:
1. CPU – Intel pilihan lain mungkin AMD
2. Mainboard – OEM ITX mainboard
3. Hard disk – Hard disk 3.5” mungkin juga SSD 2.5”
4. Memory – High performance OEM 8 Gb atau 16 Gb
5. GPU – GTX 770 (dalam gambar) mungkin HD Radeon yang terbaru

Secara kasarnya harga bagi satu Steam Machine mungkin bernilai dalam RM2500++ mungkin lebih, jika Steam Machine ni boleh diberi pilihan mengikut pesanan pengguna mungkin harga tersebut akan terdapat dalam beberapa pilihan.

(821)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *