1

Kad grafik baru Leadtek GTX 650 OC

Assalammualaikum semua, Okay korang semua tahu kan kalau nak bermain permainan video PC korang kenalah ada sekurang-kurangnya kad grafik, kalau ada yang jenis low end pun takpe asalkan kad grafik korang tu boleh support permainan video yang korang nak main. Bab itu korang kenalah tahu spesifikasi permainan video tersebut dan kenalah juga tahu dari jenis pemprosesan hinggalah kad grafik.

Hari ini Areel nak update sikit tentang perkakas PC Areel yang selalu digunakan untuk bermain permainan video yang terbaru, Areel baru-baru ini ada naiktaraf kad grafik oleh kerana kad grafik yang Areel pakai itu dah lama dah outdated orang katalah tapi bagi Areel boleh lagi guna selagi kad grafik itu tak rosak tapi di sebabkan permainan video sekarang yang memerlukan pemprosesan grafik yang tinggi, alang-alang naiktaraf atau tukar kepada kad grafik yang barulah.

Kad grafik yang Areel usha sebenarnya nak angkat MSI GTX 660 tapi disebabkan kena guna duit pada hujung tahun lepas terbatallah niat untuk memiliki MSI GTX 660 tersebut. Setelah duit simpanan ditambah dan ditolak yang Areel mampu hanyalah kad grafik berharga RM400 terbawah dan nak beli jenama MSI pun tak dapat lagi-lagilah jenama ASUS itu.

Apa lagi proses mencari kad grafik baru dimulakan dengan melihat senarai harga kad grafik terbaru dari jenama Nvidia di kedai-kedai perkakas PC lah, sekarang ini takyah pergi Plaza Low Yat macam dulu hanya muat turun dari laman web je dah no stress nak naik bas pergi ke KL sana tu. Setelah di belek dan lama jugak direnung sampai tertido akhirnya Areel pilih Nvidia dari jenama Leadtek ini, orang katalah jenama ini dah lama dari zaman ‘80an lagi dan syarikat ini khususnya keluarkan kad grafik untuk kegunaan workstation je tapi sejak akhir-akhir ini banyak pula kedai perkakas PC ini menjual kad grafik jenama ini untuk kegunaan mainstream permainan video.

So Areel pun belilah kad grafik tersebut iaitu kad grafik Leadtek GTX 650 1GB DDR5 OC memang agak cun dan kena dengan bajet yang Areel ada ini, Areel pilih dari versi OC dah alang-alang harganya dalam bajet dan harga yang Areel beli ialah RM410 saja. Di bawah ada gambar yang Areel ambilkan, suhu ketika standby kira sejuklah dalam 35C dan ketika stress dalam 45C hingga 50C ini pun sebab barang baru lagi dan Areel beli di Digital Mall, seksyen 14 Petaling Jaya.

 

(1388)

infoareel

One Comment

  1. kawe nok beli gtx 650 nie….tapi kawe dok kelate…gano nok beli.huhuhu..kawe loknie guno asus gt 630…nok jual nie..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *