Syok beraya di kampung ni

by | Sep 9, 2012 | Tentang Aku | 0 comments

Em mainlah bunga api tu

Wahh tahun ini Areel dapat beraya di kampung halaman belah ayah Areel, agak lama jugaklah dah tak balik sini lebih kurang dalam 4 atau 5 tahun macam tu, yelah sebab masa itu arwah opah Areel agak kurang sihat akibat sakit tua dan dijaga oleh oleh adik beradik ayah yang lain. Oleh itu rumah kayu lama di kampung tiada orang yang duduk dan sudah rosak di mamah usia macam keadaan arwah opah Areel pada masa itu, sayangnya sebab rumah kayu sekarang mana ada orang duduk lagi.

Sejak mak cik yang memiliki tanah rumah arwah opah Areel tu, dia berhajat untuk bina rumah atas sebab dia merasakan duduk di kampung lagi awesome dari duduk di bandar kerana dia membesar di kampung itu dan tanah situ pula sebagai kenang-kenangan semasa dia dan adik beradik yang lain membesar bersama-sama.

Rumah dah ada dan dah siap sepenuhnya sebelum raya wahhh sangat syiok sebab dah boleh baring sambil berguling-guling macam tenggiling, ruang tamu sangatlah luas dan besar serta ada 4 bilik tidur juga 2 bilik air supaya tak berebut nak buang air besar macam dulu-dulu lagi hehehe dan paling penting tak takut lagi semasa membuang air besar kerana bilik air di dalam rumah, complete sepenuhnya hehehe terima kasih kepada mak cik Areel yang sponsorkan rumah untuk kami sekeluarga tumpang tidur di kampung.

Tahun ini Areel juga habis duit sebab kena pow dengan mak cik sebab demand nak satu TV LED letak kat rumah di kampung dan alasan TV lama dah rosak (memang dah rosak pun), sebab rumah dah besar so TV kenalah besar jugak emm nak tak nak kenalah belikan sebab dia dah habis duit sponsorkan rumah kat kampung.

Kat kampung Areel boleh buat macam-macam aktiviti seperti kena suruh dengan mak cik Areel buat itu dan ini sebab takde anak saudara yang serajin-rajin Areel dan anak saudara yang lain hanya balik kampung berlenggang kangkung saja atau kena suruh mahu bersembunyi di rumah orang lain hahaha, pasang pelita atau buat panjut sendiri, pasang lampu kelip-kelip baru memeriahkan halaman rumah, masak rendang ayam dan lemang, pada waktu malam pula bermain mercun serta bunga api serta macam-macam lagi.

Lemang wehh...

Duduk di kampung memang berbeza dari bandar, suasana yang hingar bingar tiada yang ada hanyalah bunyi unggas dan cengkerik hutan. Tambahan malam-malam memang sejuk tak payah nak pasang kipas untuk sejukkan badan cuma pada waktu siang je memang panaslah.

Tahun ini raya agak penat sedikit sebab banyak benda nak kena setup macam kena kemas rumah yang banyak barang peninggalan arwah, kena bersihkan rumah yang sebab masih ada sisa-sisa habuk kesan pembinaan dan membasuh pinggan mangkuk serta periuk belanga yang dah lama di tinggalkan.

Best juga pasar ramadhan kat kampung dan Areel pergi pasar ramadhan dekat Kampung Gajah sebab paling meriah kat situ, macam-macam jenis kuih muih yang takde kat bandar ada kat kampung dan paling syok harganya murah sedikit kat kampung sebab bahan-bahan mentah boleh dapat dalam kampung dan belakang rumah serta free lak tu.

Rasanya dah banyak Areel menulis pasal beraya kat kampung ini, maklumlah tahun ini baru je balik kampung dan nak meraikan rumah mak cik yang baru siap tu kan, takkan nak biarkan rumah dia dan dia duduk seorang diri pula kan. Tahun depan mungkin Areel sekeluarga tak balik kampung sebab nak meraikan rumah kat Puchong ini pula dan paling best raya kat rumah sendirilah sebab dapat relaxkan diri dengan tenang dan kat bandar pula mesti tak ramai orang sebab ramai balik kampung halaman diaoranglah. Sekian.

Juadah berbuka puasa

Pelita

(1064)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *