Seminggu dua ni Areel asyik rasa panas dan bahang betul pada waktu malam dan nak tidur pun bukan main susah haha, semalam dan kelmarin pula balik rumah terus cari katil tapi bukan disebabkan penat mungkin nak luangkan masa kat katil tu kut tidur dan tak ingat apa-apa nasiblah boleh bangun pagi untuk pergi kerja hehe.
Hari ini Areel nak kongsikan pengalaman ketika makan di satu restoran Korea iaitu Seoul Garden, tempat ni kalau masuk memang macam kat Korea betul (perasan giler) teringat ketika menonton drama Korea yang selalu ada babak mereka akan makan di gerai tepi jalan dengan memakan daging yang segar dipanggang terus di hot plate dan sambil minum. Areel tak K-POPlah ok, itu pun menonton drama Korea cuma masa kecil ada tengok sikit-sikit tu pun sebab ada pelakon Jang Nara.
Restoran ini ada beberapa cawangan dan korang boleh tengok kat capaian sini, paling dekat dengan tempat tinggal Areel iaitu cawangan IOI Mall, dan sebenarnya si Idas lah ajak nak makan daging panggang sendiri yelah sebab dia pernah makan dulu kat cawangan Melaka tapi harganya murah sedikit berbanding kat cawangan IOI ni dan dia nak cuba makan kat sinilah pulak dan makan sampai kenyang katanya. Areel manalah nak makan tempat-tempat mahal macam ni tapi untuk pengalaman ala-ala Korea tambahan bufet pula dah banyak giler makanan kat situ Areel terus setuju jelah.
Hari sabtu 12/5/2012 bertiga sahaja iaitu Areel, Ariff dan Idas pun sampai di destinasi pada petangnya, dengan persiapan perut kosong dengan harapan tak nak balik-balik nak makan sampai lebam punya pasal dan seronok nak panggang makanan sendiri. Nasiblah sampai je terus ada tempat kosong, selalunya hari minggu memang tempat ini penuh dengan pelanggan memang ngamlah waktu macam ni.
Selepas kitaorang bayar duit dan dapat tempat duduk apa lagi kitaorang serbu habislah tempat makanan mentah kat situ, ha untuk pengetahuan kat sini banyak makanan dari makanan berat sampailah makanan ringan contohnya seperti daging yang di perap dengan rempah macam daging ayam lada hitam, daging kambing kari dan macam-macam selain itu ada juga makanan laut segar, sayur-sayuran sesiapa yang vegetarian dan seafood lover tu pun boleh makan sini. Makanan lain ada jugak seperti nasi goreng, nasi putih, mee dan macam-macam sos ala Korea pun ada, pencuci mulut seperti aiskrim, cendol, ABC nak tahu lagi korang pergi sendirilah susah nak taip semua kat sini dan berbaloi dengan apa yang korang akan bayar nanti hehehe.
Areel pula ambil makanan yang Areel rasa boleh sesuai dengan citarasa sendiri, yang kegemaran ialah daging ayam perap lada hitam dengan tauhu kering yang di rebus dalam stok dan aiskrim, kat sini juga ada stimbot tapi tak sehebat tempat stimbot tempat lain dan korang boleh pilih stok apa korang nak nanti. Waktu memanggang daging dah tiba dan berebut-rebut nak letak daging masing-masing haha tapi hot plate masih belum panas lagi kenalah tunggulah beberapa minit supaya plate tu panas, sambil tunggu Ariff pergi rembat aiskrim dulu dan Areel dengan Idas rembat air ais mocha je maklumlah nak minum air ni kena pergi kedai kopi mahal macam Starbucks tu.
Memang hot giler hot plate ni, minyak-minyak dari daging yang kitaorang panggang tu pula memercik-mercik dan apa lagi baju kitaorang pun bau daging panggang r dan Areel nak nasihatkan korang nanti pergi pakailah baju warna gelap kalau putih alamatnya memang kotorlah nanti.
Dah dekat tiga jam lepak kat situ sampai kitaorang tak larat nak bangun sebab perut dah buncit dan makanan pula ada lagi dan untuk pengetahuan jika ada daging mentah yang tak dipanggang dan dimakan korang nanti kena denda bayar balik ikut gramnya tapi tak ingat pula berapa ringgit. Idas dan Ariff yang kena teruk sebab dorang ambik banyak-banyak dan tambahan Areel pun yang sendiri bagi dorang makan Areel nya daging hahaha.
Akhirnya sampai kitaorang dah bosan barulah balik dan letak kat rumah baru Ariff, kekenyangan macam ular dah telan kambing seekor hehe, cadangnya nak tidur rumah baru Ariff tapi Areel kena balik rumah esoknya nak basuh kain yang banyak tu.
Dapatlah pengalaman untuk makan ala-ala Korea nak pergi Korea tak dapat duit takde huhu, korang kalau ada pergi kongsilah pengalaman kat sini nak tahu gak apa yang punya pendapat kan, pergilah cuba makan best gak.
(2594)
0 Comments