Jom makan Nasi Ayam Yunnan

by | Sep 14, 2012 | Tentang Aku | 0 comments

Inilah kedainya

Pada bulan Jun yang lepas, keluarga Areel ada mengajak Areel pergi ke Bandar Baru Bangi untuk urusan keluarga. Areel ingat lagi yang Areel pernah tersesat di Bandar Baru Bangi semasa itu menemani Idas untuk mencari jalan ke UKM di Bangi, kerana dia dipanggil oleh Badan Kerajaan untuk menghadiri sesi kelayakan bekerja di sektor awam. Oleh kerana masa itu Areel dan Idas tiada alat GPS, Areel terpaksa menghafal jalan yang telah diteliti di dalam Google Maps sebelum pergi, setelah beberapa jam pusing-pusing sana dan sini akhirnya sampai juga hehehe.

Berbalik kepada kisah nasi ayam tadi, pada tahun lepas masa itu ketika bulan Ramadhan Areel dan bersama-sama kawan sekelas Uitm membuat kerja khusus di pejabat dimana kawan Areel itu bekerja. Oleh kerana kerja khusus yang patut siap sebelum waktu berbuka tidak dapat disiapkan kita orang terpaksalah stay lebih masa sedikit untuk siapkan kerja tersebut. Dalam khusyuk membuat kerja kita orang tak sedar yang ada setengah jam lagi nak berbuka puasa dan apa lagi dengan kelam kabut mencari makanan di sekitar situ dan dah cari pun kedai makan disitu tetapi penuh di tempah oleh pelanggan lain. Areel dan kawan mencari-cari di manalah tempat kami nak berbuka puasa nak pergi pasar ramadhan pula jauh dari pejabat tersebut.

Akhirnya dapat juga mencari tempat makan iaitu Kedai Nasi Ayam Yunnan dan kedai itulah yang Areel syorkan kepada keluarga Areel makan setelah selesai urusan kami di Bandar Baru Bangi. Terletak betul-betul di rumah kedai berhampiran bangunan PKNS Bangi atau Hotel Amani diseberang jalan atau dari jalan utama selekoh pertama ketika ternampak bangunan Perubatan Islam Az-Zahrah masuk kiri dan jumpa simpang masuk kanan betul-betul anda akan nampak. Kami sekeluarga yang memang lapar akibat tak sarapan pagi yelah nak cepat-cepat pergi ke sana, bukan kami tak pernah makan nasi ayam tapi kami tak pernah makan nasi ayam yang begitu sedap dan lazat pada pendapat kamilah dan keadaan masa tu memang lapar habis kita orang makan. Emm Areel apa lagi sebab dah memang pernah makan kat situ Areel akan pesan nasi tambah lebih hahaha, cuba bayangkan nasi lebih pun boleh habis dan seekor ayam dan kalian masak ikan masin boleh habis dalam masa 10 minit macam itu.

Nyam-nyam

Itulah yang ayah Areel katakan yang keluarga kami ni memang kuat makan sangat-sangat tak kisahlah sebab bab makan memang kita orang tak kedekut sesama keluarga tapi masa itu Areel memang dah pokai sebab Areel baru je balik dari pergi Johor Bahru untuk menghadiri majlis kahwin kedua-dua kawan Areel masa kolej dan kawan Areel itu taklah rapat tetapi selalu jumpa sebab dia orang kawan kepada ex-gf Areel so tak kisahlah nak pergi dan memang Areel tak pernah pergi JB pun nak merasa jalan-jalan, nasiblah ayah Areel dah gaji masa itu dan tolong support sikit hehehe.

Memang sedap tau nasi ayam Yunnan itu, sesiapa yang mengemar makanan tersebut cubalah pergi merasa memang tak rugi. Kepada yang belajar di KLUIC, Uniten, UKM surelah pernah pergikan, tak pergi lagi pergilah merasa sebab dekat sangat situ nyam nyam sedap hehehe.

Em tambah nasilah pe lagi

 

Peta ke kedai tersebut

(2531)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *