Seriously Areel memang tak faham dengan sifat perempuan ini, sekejap mood ok ceria je tetiba lak mood macam awan mendung tahu nak bagi guruh dengan kilat je. Areel dulu pernah couple gak dengan seorang awek ni dan memang pernah gak terasa dengan ayat maut ini bila time gaduh-gaduh tahap takleh pujuk ini. Emm nasiblah jodoh tak sampai kalau tak terseksa juga jiwa ini nak pujuk rayu selagi tak sejuk hatinya tu. Fuhh nasib baik giler, so bila buat blogwalking kat net click-click jumpalah blog kawan Areel ini mungkin dia tengah gaduh kut mood pun tak ok lalu makan hati sangat-sangat sampailah siap buat entry pasal ayat maut ni kat blog dia khas untuk couple dia faham kut LOL.
Ok ni dia ayat maut tersebut:
1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.
2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.
3. Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.
4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.
5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.
6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda
7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe
8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.
9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.
Ok Areel lagi suka jadi single mingle dari pening kepala tahap 73 nak pujuk rayu awek lagi-lagi yang kuat merajuk memang tahap kesabaran Areel tu tinggi tapi ada limitnya jangan tertiba tangan naik kat muka dahle hahaha oleh itu janganlah perempuan menguji kesabaran seorang lelaki.
Kredit kat sesiapa yang buat entri ni dulu, terima kasih banyak-banyak dan Areel dah faham sikit-sikitlah kalau ada perempuan yang bercakap macam ni hahaha.
(3903)
0 Comments