Bangun awal di pagi ahad memang menjadi satu perkara yang agak mustahil pada Areel dan juga kepada semua orang hehehe, yelah pagi ahad adalah hari untuk bangun lewat dan paling penting balas dendam untuk tidur dengan kadar kemalasan yang maksimum. Areel awal bangun pada hari ini (ahad) kerana ingin pergi ke PC Fair 2012 di KLCC dengan satu misi iaitu misi rahsia jeng jeng jeng.
Bertolak dalam pukul 10.30 pagi dengan hanya menaiki pengangkutan awam sebab Areel malas nak menunggang motorsikal ke sana, alang-alang boleh sempat mencari jodoh di dalam bas atau di LRT nanti hahaha. Sampai di KL Sentral lebih kurang 12.00 tengahari itupun terpaksa beratur panjang untuk membeli token Putra LRT untuk ke KLCC.
Pukul 12.30 tengahari sudah sampai KLCC dan masa itu Areel kena mencari Ariff kerana dia menunggu di pintu masuk sana. Areel cakaplah yang Areel pergi PC Fair ini nak tengok model je tak beli barang pun hehehe, itu misi Areel yang ingin mengambil gambar bersama model-model yang comel-comel ini.
Dengan hanya berbekal Sony Ericsson Xperia Mini Pro untuk menangkap gambar terasa kecil pula berbanding dengan orang lain yang memakai DLSR yang canggih-canggih, em harga satu DLSR pun jangan cakaplah memang makan beribu-ribu tapi tak pe janji akan kamera yang boleh menangkap gambar mereka.
Misi dimulakan dengan memasuki dewan pameran jenama-jenama terkemuka dunia pengkomputer dari Intel, AMD, hinggalah jenama-jenama yang kita tidak biasa dengar pun ada, tetapi PC Fair sekarang makin kurang cerianya oleh kerana tidak ramai penganjur dari jenama-jenama yang lain memenuhi ruang pameran tersebut.
Dari atas sampailah ke bawah sudah Areel berjalan dengan Ariff sambil mencuci mata memandang model yang mana paling cantik dan sambil itu mencari jodoh untuk Ariff hehehe. Selepas bosan berada di dalam PC Fair tersebut, kami pun pergilah berjalan-jalan di Suria KLCC mencari apa yang boleh di beli untuk di bawa balik rumah.
Sini Areel nak kongsikan gambar-gambar di PC Fair bersama model-model yang ada disitu. Gambar tak banyak sebab kemalasan nak menangkap gambar.
(809)
0 Comments