Nouvo LC 135

by | Sep 17, 2012 | Automotif, Reviu | 72 comments

Hari ini Areel nak sembang pasal motorsikal Areel yang gunakan setiap hari untuk pergi bekerja dan ke mana-mana sahaja. Areel sekarang masih lagi menunggang Nouvo LC 135 yang dibeli pada tahun 2010 dan ianya keluaran tahun 2009. Punca Areel beli Nouvo LC ini sebab ianya cantik pada pandangan mata serta Areel pada masa itu tidak pernah naik motorsikal jenis automatik ataupun skuter so dalam pemikiran masa itu memang teruja nak ada Nouvo LC ini.

Ketika itu memang Areel terbelah bahagi untuk memilih di antara Nouvo LC atan 135 LC yelah dah dua-dua memang motorsikal paling cool lah kan. Harga untuk kedua-dua motorsikal ini hampir sama dan Areel pun mengambil keputusan yang sukar untuk memilih tetapi akhirnya keputusan berpihak kepada Nouvo LC sebab Areel tak pernah menunggangnya dan Areel lihat sesiapa yang menunggangnya kelihatan sungguh bergaya hahaha design nya sungguh menarik hati juga.

Sekarang tahun 2012 dan sudah hampir 3 tahun Areel menggunakan Nouvo LC ini dan sudah sampai 24000Km jarak penggunaannya. Penjagaan motorsikal jenis skuter ini kenalah amat teliti disebabkan ianya amat manja dan banyak komponen perkakas yang berbeza dari motorsikal biasa. Setelah Areel mencari maklumat perjagaan motorsikal ini barulah Areel memahami bagaimana untuk memberi servis terbaik kepada Nouvo LC.

Ramai-ramai member siber di forum motorsikal juga member tip serta nasihat berguna untuk mengendalikan motorsikal ini. Apa yang maklumat yang Areel dapat yelah seperti berapa jarak atau masa untuk menukar minyak hitam (minyak enjin) serta minyak gear auto, setakat ini Areel gunakan minyak enjin daripada jenama Motul berharga RM27 untuk auto yang kelikatanya adalah 10W40 serta minyak gear dari jenama Yamahalube berharga RM20 untuk 2 botol dan Areel menukarkan minyak enjin setiap sebulan dan setiap dua bulan menukar minyak gear (bergantung kepada penggunaan para penunggang jika kerap jalan jauh atau sentiasa bergerak tukarlah setiap 1000Km dan minyak gear setiap 2000Km).

V-belting dan Pulley 11g Areel baru je servis serta harganya untuk V-belting RM110 dan dengar dari kawan harganya agak mahal sebab di tempat lain harganya baru RM70-85, Pulley 11g pula harganya RM12.50 sebiji. Em Areel tak pasti di tempat servis motor lain bagaimana pula harganya dan sesiapa yang tahu silalah beritahu dimana tempat yang murah bolehlah Areel saving sedikit duit hehehe.

Dalam tahun penggunaan motorsikal ini Areel dah dua kali tukar tayar iaitu tayar belakang dan tayar depan, ramai kawan Areel akan gunakan tayar motor mereka sehingga tiada bunga tetapi apa yang Areel belajar dari member forum, tayar motorsikal juga ada jangka hayatnya di mana selepas dua tahun pengeluarannya tayar tersebut akan mengeras dan kesukaran untuk mencengkam ketika membrek memang terasa dan berkemungkinan boleh pancit atau meletup di tengah jalan. Banyak jenis tayar yang ada di jual di kedai dari jenis yang bagus mahupun jenis yang murah, tayar jenis 16 inci ini agak sukar untuk di cari jenis yang bagus. Setakat ini Areel menggunakan jenis tayar jenis medium compound dan ketika membrek akan mencengkam sedikit walaupun tayar ini tidak sebaik soft compound dan jenis soft compound harganya agak mahal serta cepat habis bunganya (bergantung kepada ekonomi masing-masing tetapi janganlah berkomproni jika berkaitan tentang keselamatan diri anda)

Banyak juga ilmu nak kena ada di dada untuk menjaga motorsikal ini yelah takut di tipu oleh kedai servis motor ini, walaupun mereka memang pakar dalam servis motorsikal tetapi banyak juga yang jenis menipu dan hendak untung lebih. Pengunaan minyak pula setelah Areel sukat sendiri untuk 1 liter persamaan dalam anggaran 40Km mungkin lebih atau kurang.

Nouvo LC ini memang sesuai di bawa di dalam bandar dan juga ketika waktu jalan sesak ianya lebih tertumpu kepada jarak yang dekat sahaja. Jika anda semua jenis yang kuat meleper atau jenis yang darah mendidih serta ingin need for speed motorsikal ini adalah pilihan paling tidak tepat dan anda patut pilih 135 LC atau FZ1 atau mana-mana jenis motorsikal dari jenama lain.

Banyak lagi yang Areel kena belajar tentang motorsikal ini dan cara betul dari segi penggunaan dan juga cara penjagaan supaya motorsikal ini boleh di gunakan untuk tempoh masa yang lama. Pemilik juga haruslah kena rajin giler membersih motorsikal ini kerana ianya salah satu cara untuk motorsikal ini kelihatan baru walaupun sudah lama digunakan dan jangan lupa untuk menukar minyak enjin dan minyak gear mengikut jadual supaya motorsikal ini tidak meragam ketika di tengah jalan mahupun mahu untuk di hidupkan. Sesiapa yang ada tip atau nasihat bolehlah berkongsi di ruang komen di bawah atau bertanya sesuatu pada Areel.

Bercadang untuk merasa 135 LC yang baru ada rezeki lebih boleh beli satu hehehe Need For Speed kan,  Sekian.

(63700)

72 Comments

  1. Daus9412

    bang motor nouvo lc sye bru pkai 4 blan dah jdi smput2 tak tau la sbab pe,,,

    Reply
    • Info Areel

      Kau dah tukar minyak enjin x? ko pakai minyak enjin brand ape? semput xleh pg laju ke semput enjin?

      Reply
    • raja

      maybe air filter ade air masok.. or cube servis carb dlu..

      Reply
    • NOOR SUHAIMI BIN ISMAIL

      semput tu sebb krna check hose udara dari carburetor ke tangki petrol nouvo lc ni, biasa jika hose ini retak ianya mempengaruhi hal semput ini terjadi.

      kedua check pada penapis udara ianya mungkin tersumbat dengan habuk

      ketiga check plug anda.

      jika masih berlaku lagi hal setelah ketiga 2 ini dilihat cuba check getah diagfram pada karburetor. adakala getah ni buat hal apabila motor ni pernah terbalik dan petrol kena pada getah tersebut membuatkan ianya berkerut dan gagal mengepam udara sebelum trotle dilepaskan

      Reply
  2. Sarmizal

    salam..perlukah kita panaskan enjin mto nieh?? aq ada baca artikel yg mngatakan panas enjin ni akan mmpercepatkan kerosakan enjin..aq dr dlu dok panaskan enjin dlm 5-10 mnt..mto aq dh 3thn 1/2 odo 50000km tp still xda masalah langsung..

    Reply
    • Info Areel

      xdelah itu utk enjin yg pakai fuel injection je, nouvo lc ni pakai TPS kaburetor lagi…logik utk panaskan enjin sbb nak bagi minyak enjin operasi dengan optimum klo x panaskan enjin minyak nnt enjin yg sejuk bila bawa nnt enjin cepat rosak mcm tu r, kecualilah klo pakai minyak enjin fully sintetik yg mmg jenis warm…cer tanya otai2 automotif ni pendapat aku dalam apa yang aku alami

      Reply
  3. Nabil

    Salam.. Saye ade nouvo lc bru sbulan stngah pkai.. Saye ade try jugak full throttle tp tetap smpei 120km/h jugak… Xboleh pergi da.. Agak2 ape yg patut ditukar…??? Tolong otai2 lme seme…

    Reply
    • Info Areel

      hahaha sebenarnya nouvo lc xleh nak speed laju pun, klo tukar roller dgn mangkuk pun still xleh laju…saya cadangkan anda tukar je kepada 135 LC sbb klo tukar sprocket dgn adjust yg lain2 bleh speed laju tu…

      Reply
  4. Sazlyazlan

    salam..apesal x rmai pkai nouvo lc ni?? ada org ckap ssh nak jga..tayar ssh nak cri n hrga tyar tu mhal..so..bg ckit pngalaman areel tntang nouvo lc ni..mmg brbaloi ke dibeli atau pn x..sbb aku mmg mnat ngn nouvo lc ni..sbb aku ni jenis yg santai je..

    Reply
    • Info Areel

      Wassalam Ok, macam ni di sebabkan banyak workshop kat Malaysia ni kurang menjual spare parts serta barangan NLC, ramai org Malaysia kita menjadikan ia faktor untuk tidak membeli NLC yelah susah nak cari dan menggantikan apa yg rosak NLC dan tidak berbaloi. Tayar ada je bro tp xde kedai yg nak jual tayar 16 inci ni, pada pendapat Areel klo dalam area selangor anda mungkin bleh membelinye sbb ada spare parts dijual tempat lain Areel xsure, utk jangka panjang lagi lebih baik ambil 135LC senang nak jaga dan pilihan orang ramai dan workshop pula ada jual barangan 135LC ni tp klo dah minat sgt dgn NLC xpe ambik je r…xsalah pun sekian..

      Areel tgh simpan duit utk beli Ninja 2013, cun tu…

      Reply
    • raja

      tayar banyak je.. bro dok mane..? untuk club bro bole search kat fb ( gagak hitam crew ) team scoot and mejoriti nlc.. banyk team scoot.. and tayar nlc ni aku ade je jmpe dari saiz 120/80 smpailah yg ke 70/90.. pape bole add aku kat fb ( raja zul fadli )

      Reply
    • Hazwan Hafiz

      Persepsi masyarakat banyak yang pandang serong dekat skuter walhal skuter la senang jaga. Tak payah kalut-kalut pikir apa, pulas dan jalan je.

      Reply
  5. Killer_techsis_crew

    Dpt kn pulley mtrt or uma. Tp cume mmpu naik kpd 140++ shaja. Slmt mncuba 🙂

    Reply
    • Info Areel

      pulley brapa g? brape sen lak…mohon pencerahan then belting macamane lak?

      Reply
    • Amirafiq7051

      btl ke 140++?

      Reply
  6. along

    salam bro..saya baru order nlc 135..tapi saya masih baru nak kenal skuter dan motor ni..sebab saya angkat nlc ni pon lebih kurang sama mcm bro tulis kat atas tu..huhuh..boleh tak kongsi tips2 penjagaan nlc ni.sy memang tak tahu ape2 langsung..hmmm…sy ade bace kat forum,diorang kata belt kena tukar setiap 30m..ape maksudnya ek?30kilometer ke…terima kasih 🙂
    harap sudi replay..A.S.A.P

    Reply
    • Info Areel

      NLC ni bro kena jaga EO & GO je, EO pakai yg harga mahal sikit dalam harga RM30-40 kalau nak tahan dalam 2 bulanlah kalau pakai EO yg murah dalam setiap 1K kena tukar dah kalau tak motor nanti berat, GO tukar setiap 2K atau nak kasi lancar tukar jugak dalam 1k sekali dgn EO. Belting ori xyah tukar dalam masa 2-3 tahun kalau bawah jauh kena tukar dalam 1-1.5 tahun, servis CVT setiap 6 bulan, tayar lak limit 2 tahun..tayar stok x best langsung kurang grip, bro bleh tukar tayar duro 918 thai or taiwan..jangan langgar lubang besar..dan jgn jatuh motor nnt komponen rosak 

      Reply
      • Along

        terima kasih kerana sudi jawap pertanyaan aku dgn pantas..tapi aku ni memang buta moto..
        jadi ade beberapa perkataan aku tak paham kat sini..harap dapat diterangkan..
        EO,GO,1K,servis CVT,dan last sekali milage..contoh,”setiap 30milage kena tukar belt”…aku tgok kat facebook group diorang ckp mcm tu..aku nak tnya,tapi diaorang tak approve aku lagi..
        dan ada tak buku ape2 yang bro boleh syorkan kat aku berkenaan skuter ni..aku memang benar2 tak tahu..minta tunjuk ajar bro 🙂

        Reply
        • Info Areel

          EO=Engine Oil, GO=Gear Oil, servis CVT tu servis roller dgn belting tmbh grease dgn buang habuk, 30000Kilometer la baru tukar belting= 2-3 tahun hayat belting buku xde r just tanya otai2 je

          Reply
          • Mr Ahlong

            terima kasih sangat2 kerana membantu saya 😀

  7. archtung

    assalam areel. tq share info bagus. nak tanya psal pulley 11g tu mmg wajib tukar ke bila tukar belting? pastu ada yg kata mangkuk klac, roller pun elok tukar juga nak elakkan bunyi bising… btul ke? sy bru jer beli nlc ni… tgh berpantang 1000km… hehehe… x reti sgt… 

    Reply
  8. raja zul fadli

    saye pengguna tegar nlc.. bg saye jalan jauh balik hari xde hal.. asalkan servis kene baik.. ape2 moto skalipon.. meleper pun dah buat.. speed nlc ni 120km bersamaan 140 meter lc lama..

    Reply
    • raja

      and milliage moto saye untuk dlm mase 4 tahun dah hampir 70000.0km

      Reply
  9. akaruben

    assalamulaikum admin ~~ ,, saya dari sabah .. parking jap sni mw timbah ilmu sal NLC nee ..
    saya sngt berminat kat NLC nee .. c0z sya da bandingkan ngn sco0t2 yg lain NLC ne mmg bnyak prbezaan .. so saya da fikir2 NLC the best 4 the choice ..
    Areel pliz beri sedikit komen ttg NLC ne bro ..

    Reply
  10. ijat

    Air filter dy rosak iy.. Taa pon kaberetter tr sumbat..

    Reply
    • Info Areel

      yup klo air filter rosak tukar je filter rm25 mcm tu, klo kipas pula kena cari kat kedai yamaha sbb dorg ada stok

      Reply
  11. Lucifer

    Saya nk tanya, knapa nouvo lc saya bunyi sangat bising. apakah saya perlu tukar piston atau enjin. saya kurang mahir.

    Reply
    • Info Areel

      Ya luc, yg mane bunyi bising? belting ka? kipas ka? atau betul2 kat enjin?
      Selalu bunyi bising di belting tu menandakan nak kena tukar mangkuk, vbelt, pulley lebih kurang RM3++ standby je dulu

      Reply
      • Lucifer

        saya kurang mahir. tp, bisingnya lbih kurang bunyi helikopter.

        Reply
        • Info Areel

          Luc, klo mcm tu better pg je kedai motor tanya apa masalahnya..nnt buat sendiri jg lain pula

          Reply
  12. Shieda Sharib

    salam saya baru pakai moto tak sampai sebulan. moto dah start bunyi bising bahagian sebelah enjin (bahagian kiri). saya tak pasti apa masalah sebenar kt moto tu. dah bawa repair tapi kata tauke xda masalah apa. bunyi akan bising kalau saya tekan minyak lepastu lama dah bawa baru bunyi bising tu hilang. areel please bagi sedikit komen

    Reply
    • Info Areel

      Wasalam, sebelah kiri enjin atau bahagian belting tu? klo bahagian belting kemungkinan nye byk seperti roller, mangkuk atau vbelt sendiri. Disebelah kanan pula ada kipas utk sejukkan coolant klo bising sgt kipas tu sendiri problem, bersihkan saje supaya kotoran hilang, tukar je air filter baru. Klo mmg enjin tu kena htr kedai tgk tetapi jarang enjin rosak klo beli yang baru

      Reply
      • Shieda Sharib

        bahagian belting bukan enjin. haritu g kedai katanya masalah minyak masuk lah apa lah. dah siap cuci dah tapi still bunyi jugak. g ulang alik kerja pon xla jauh dekat je. skrg baru 600km lebih. rasa2 kan kalo tukar minyak hitam ngn gear nty dia akan okay tak?

        Reply
        • Info Areel

          Okay, klo tempat minyak gear dah overhaul tapi still bunyi..cerita sikit minyak gear jenis apa yang digunakan? Minyak itam xde masalah sbb tmpt lain xde kena mengena, cuma takut gear dalaman belting tu problem mungkin grease xcukup ke, vbelt tiruan ke tu pun kena tgk

          Reply
          • Shieda Sharib

            tak pernah tukar lagi sebab baru amek je moto tu. tak sampai lagi 1000km ingt dah smpai 1000km nty memang nak tukar. saya x tahu sangat bab2 penjagaan skuter ni. dia bunyi cm berdengung tau. xtahu la apa masalah. dah belai2 tiap2 hari cmtu jugak.

          • Info Areel

            Saya rasa cik patut tukar dulu minyak gear biasa yamaha punya 2 botol sbb nouvo lc pakai 2 tukar dekat kedai motor yang cik beli tu, klo still berbunyi xsama mcm nouvo lc lain elok pg minta warranty dari kedai tolong check kan sbb warranty still ada, saya lak still pakai lagi nouvo lc tahun 09 dan masih elok lagi xde masalah

          • Shieda Sharib

            hmm tu la kan memang nak mx warranty la sb baru je beli. okay sy cuba. tq yea sudi komen 🙂

  13. cahaya

    nk tnyr tayar perlu di pam atau x erk sy konfius lah

    Reply
    • Info Areel

      ye cahaya, tayar walaupun tubeless mmg kena pam la, bergantung kepada diri sendiri nye taste terhadap kekerasan tayar.
      Pada pendapat saya, tayar depan yang dipam klo pakai 175-180 depan dah ok xkeras sgt, klo belakang kasi keras sedikit pun ok sbb tayar belakang penting sbb bawak load.
      terpulang kepada masing2, sy suka tayar sedehana lembut dan apabila langgar lubang xdelah sakit punggung hehehe

      Reply
      • cahaya

        owh yeke sbb ari tu sy g pam tayar blkng then ade angin keluar dri tayar knp ye?? sy baru je beli motor tu…

        Reply
        • Info Areel

          klo angin tu keluar ada beberapa makna:
          1. Tayar tu mungkin x pasang elok pada sport rim, menyebabkan angin leaking.
          2. Tayar stok atau tayar vee rubber tu mmg jenis xelok dan tgk pd tarikh pengeluaran nye klo tahun 2011 mmg elok tukar baru sbb xleh pakai.
          3. Tayar mmg pancit sbb ada rekahan, mungkin paku atau kaca dah masuk kedalam tayar.
          Walaupun baru beli, kondisi tayar x semestinya baru, cahaya boleh tukar kat kedai motor yg berhampira. Tayar NLC ni 16 Inci cth tayar murah ialah FKR RM70-75, Duro Thailand RM80-85. Areel pakai tayar Duro Thailand yg ini mmg elok

          Reply
  14. zura

    Salam ..nk tye..sy ambik nlc ni second hand..mase beli bru 1400km skrg dah 4 bulan pakai bru 1650km..minyak hitam still elok lg..dkt absober belah kanan minyak bocor..patut ke tukar minyak hitam ataupun tukar pape

    Reply
    • Info Areel

      Wasalam zura,
      Minyak itam dalam 6 bulan je klo jenis minarel bleh guna, klo semi sintetik lama sikit pun xpe. Klo nak jimat jalan dekat2 xpe.

      Pasal absorber tu mmg patut tukar sbb dah leakage, Areel pun dah kena belum sempat buat post lagi. Harga dalam RM90-150 jenama mcm YSS, Racing Boy, Motor Star.
      Klo tukar spring besar, mtr jd berat sikit tp tahan lama ikutlah pada rasa nak tukar yg mana.
      Nnt tolong bg Feedback ye

      Reply
  15. hidayah

    nk tnyr v-belting tu bila kene tkr erk?

    Reply
    • Info Areel

      yup hidayah vbelt tu klo jalan jauh 1-2 tahun bleh tahan klo jalan dekat2 2-3 tahun tahan. klo nak tukar kena tukar dgn roller dan mangkuk jika hausla then service letak grease, klo tgk vbelt mcm rekah eloklah tukar tu

      Reply
  16. aleezza88

    saya dah pakai nouvo lc dh dekat 6tahun setakat neyh xda lansung masalah…maintain kan servis minyak enjin and minyak gear tiap2 bulan…bg sy xssah pown nk jga nouvo lc..mna2 moto pown klau xjga mmg hncur jdiknye…

    Reply
  17. ezy

    Assalamualaikum ariel nak minta pendapat sikit. Ak baru je beli sebiji nlc ni mcm mane nak pastikan coolen sentiasa berada dlm keadaan yg baik??

    Reply
  18. khairul

    skuter ni sesuai tak bwk jln jauh, contoh dari penang ke johor ke, lpas tu bwk dlm kelajuan 120-130 mcm lc biasa tu ea, hrp boleh share, sbb ramai org ckp klu skuter tak sesuai jln jauh

    Reply
    • Willy

      Sya dah cuba ride NLC dari Taiping ke Hatyai dan balik hari yg sama 550km tp ride santai 80 – 100 kph. No problem tp kena top up minyak beberapa kali sbb tangki hanya 4.8L

      Reply
  19. aizat

    assalam… mintak tolong areel… motor nlc sya keluar asap putih n bila sya pulas throttle dye jadi semput.. kenapa ya? minta pendapat sikit… hehehe

    Reply
  20. faizzul

    areel… saya just nak tanya.. tayar belakang boleh ke tukar yang besar sikit???

    Reply
  21. radzi ismaelie

    Salam. Nak ada x buku manual skuter nouvo lc 2009 dalam pdf.atau soctcopy.bleh tolong share. Lepas camna nak solve bunyi ketak-ketak pada tempat dalam gambar ni dan bunyi autoclucth

    Reply
    • infoareel

      hahaha tukar semua baru la, Areel pun kena tukar baru huhuhu

      Reply
  22. SUFIAN

    TUAN NAK TANYA KALAU MINYAK HITAM TAK TUKAR 4 BULAN XPE KER?

    Reply
    • infoareel

      Giler la 4 bulan sekali klo fully sintetik xpelah.
      biasa minyak hitam sebulan sekali klo jalan jauh klo dekat buatlah 2 bulan sekali.
      Minyak gear jgn lupa tukar

      Reply
  23. Azlan Ayam

    assalamualaikum…saya dari segamat johor…..saya juga salah seorang pengguna nouvo lc.terima kasih atas tip yang tuan berikan.tetapi satu kenyataan saudara mengenai mana yang kaki meleper/coner pada saya nouvo lc tiada masalah.sy selalu juga conering guna nouvo lc ni.maklumlah…mana orang segamat atau muar….tahu jalan conering paling padu…..diantara jementah sehingga pekan sagil…..salah satu jalan febret kaki2 banting ni….alhamdulillah….memang syok layan conering di jalan tersebut….saya jadi ketagih bila nak membanting di jalan tersebut.saya juga ingin mencuba dengan jentera skuter baru dari yamaha….iaitu NVX 155 yang bakal dilancarkan di malaysia pada bulan jun ini.tak sabar membeli dan meleper di situ.selamat mencuba…..bye…..

    Reply
    • infoareel

      NVX atau dikenali Nouvo Xtreme, ha la mmg nak try
      tahun depan dapat bonus bleh beli, skrg xdpt beli sbb xde stok lagi

      Reply
  24. zaidi

    Salam dan selamat sejahtera,
    Boleh saya tahu dimana ada menjual spare part skuter nouvo 135LC (terutama area KL), sebolehnya harga yang murah/berpatutan.
    Terima kasih

    Reply
  25. abang

    pakai NLC dah 5 tahun.Tidak ada masalah serius.cuma pernah tukar 2 kali bateri .pad brek depan dan tayar sahaja.milage dah 32K.Belting tidak tukar lagi.pickup masih power.NLC kawan milage 50K tak tukar lagi belting.msh power dan pickup.tahan lama brg NLC ni.ENJIN masih SUNIYI SEPI.PETUA nya.jaga EO/GO.tq

    Reply
  26. nik

    bang , tekanan angin tayar motor nouvo lc berapa?

    Reply
    • infoareel

      Nik standard la depan 190psi, belakang 200psi klo single la
      klo berdua keras sikit pun xde hal

      Reply
  27. Jaden

    Hi sume warga Nouvo LC , kalo korang area Sg Buluh nak buat scooter , service ke , nak laju kan pick up ke , nak need for speed kan scooter korang boleh follow / add IG toyolscoot , tq 😉

    Reply
    • infoareel

      Alrite bro, Areel follow tau nnt tolong approve ya

      Reply
    • NOOR SUHAIMI BIN ISMAIL

      assalamualaikum jaden weight roller terbaik untuk pick up dan top berapa berat? share sikit hehe nak timba ilmu untuk nouvo lc saya

      Reply
  28. joe

    salam semua, baru2 ni bila sy nak tukar minyak gear. minyak tu keluar semula melalui satu lubang yg kecil di bahagian bawah tempat isi minyak gear tu. harap semua dapat bantu sy. tq

    Reply
    • infoareel

      Bro sila tukar nut oil seal anda, atau enjin akan rosak jika anda throttle nnt.

      Jgn lupa tambah minyak hitam balik

      Reply
  29. Sani gombak

    Salam kowg,
    Sy nk tnya ckit, sy Bru pakai motor nlc 2nd dlm 3 bulan, Bru tukar oe Shj…
    Ada ape2 efek X….
    Skrg milage dh dekat 53k,
    Setakat nie xder masalah ape2…
    Cume nk tahu dh patut tukar ke eo, go n ape2 lgi yea…
    Tlg beri pendapt pd sy,
    Lau bole buat group whatsapp nlc senangkn..
    nnti add no. Sy 013-9258085
    Sani gombak

    Reply
    • infoareel

      baru bergetah lagi, tgk pengguna motor la klo ulang alik dalam 60km sehari baik pakai minyak enjin sintetik terus, mcm Areel pakai semi sintetik je sbb harga rm50++ dan dalam dalam 3++ bulan tgk penggunaan

      Reply
  30. Anas

    Apa susah nya tukar je block size60 carburettor Uma racing,camshaft Uma,CDI UMA,baru boleh pergi 140-160tuje….

    Reply
  31. Eidi

    Salam…nk bagi laju moto NLC ni tukar apa block uma,Cdi uma,camshaft Uma,head Uma….Lagi Apa lgi boleh tukar

    Reply
  32. Fikri

    Assalamualaikum, Bro meter aku xnaik bila jalan kenapa yer ? Time start tu die pusing sekali cm biase tp bila jalan xnak gerak lak

    Reply
    • infoareel

      Odometer bro rosak tu sila tukar baru dalam rm70++

      Reply

Leave a Reply to Lucifer Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *