0

Jalan-jalan pergi Johor Bahru

Terminal Larkin dah sampai sini

Yup Areel tak pernah pergi atau berjalan ke arah kawasan selatan semenanjung ni, so dalam akhir bulan Mei Areel pergilah ke Johor Bahru sebab nak menghadiri dua majlis kahwin kawan kolej Areel semasa belajar di KPTM Kuantan dahulu, disebabkan ada dua majlis serentak dan nak tak nak kenalah pergi juga lagipun inilah peluang nak berjalan-jalan di JB.

Emm masa itu masalah utama yang Areel hadapi yelah nak menginap di mana di hotel ke atau rumah tumpangan sebab kedua majlis pada hari sabtu dan memang kena naik bas pada jumaat malam itu juga, fikir punyalah fikir dan teringat pada seorang kawan iaitu Along nama panggilan dia semasa kita orang belajar sama-sama Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) ataupun nama singkatan Uitmnya kursus EE kita orang kamceng gak pada tahun akhir tu hehe.

Nasiblah Along ada masih disana untuk menghadiri peperiksaan terakhirnya sebelum tamat pengajian dalam bidang Nursing, so dah dapat tempat menginap iaitu hostel lelaki Along di kawasan kampung Jawa Wadihana, walaupun keadaan hostel Along tidaklah seperti hostel di KPTM dulu tapi memang bersyukur sebab ada orang boleh temankan dan tolong tunjukkan jalan untuk ke majlis kahwin tersebut.

Setelah habis merayau pergi ke kedua majlis tersebut malam itu Areel mengajak Along untuk pergi ke Hutan Bandar kerana disitu amatlah famous dengan Chicken Chop RM5.00 je yelah dah ramai orang sebut-sebut so Areel mestilah nak merasa juga disebabkan harganya yang teramat murah dan juga Areel minat makanan barat ini. Dari kampung Wadihana ke Hutan Bandar mengambil masa tak sampai 10-15 minit bergantung kepada pemandu teksilah, Along kata kat Hutan Bandar ini adalah hutan buatan manusia ataupun hutan simpan untuk menjadikan bandar dalam taman gitu so banyak aktiviti dilakukan di Hutan Bandar ini pada belah siang.

Em sedapnya

Dah sampai pun pertama kali melihat begitu ramai giler orang yang nak makan dan sedang menjamah makanan, patutlah Along suh keluar awal-awal sebab takut kena menunggu lama untuk dapat meja makan disitu, nasib baik punya pasal tak sampai 10 minit tunggu ada meja kosong itupun hati kering merebut meja sebab nak merasa Chicken Chop RM5 ni hahaha terukkan Areel so kenalah berani buat muka garang walaupun tak garang terpaksa sebab Areel datang dari jauh ni. Kat sini bukan saja ada Chicken Chop je semua makanan barat ada, otak-otak, kacang rebus serta burger untuk sesiapa yang nak makan ringan-ringan pun boleh cuma takleh lepak lama-lama je ramai kut tengah tunggu time tu.

Betulkan

Makan malam tu di sponsor oleh Along sebab Areel dah suh awal-awal simpan duit untuk belanja jika Areel memang jadi turun JB hehehe, memang lama gak nak dapat makanan yelah dah ramai pelanggan tetapi jangan risau sebab pekerjanya ramai cuma kena tunggu jelah. Selepas makan Along ajak pergi Danga Bay hehe nak usha awek JB katakan, memang patutlah ramai yang sangkut dengan awek JB sebab awek JB ni badan dia orang agak chuby dan lawa-lawa jugalah. Emm masa itu memang nak cari jodoh tapi fikir tak lama kat situ so terbatalkan niat hehehe. Syok kat Danga Bay tu dapat angin laut dan paling best ada Fun Fair dan sesuai benar kalau sesiapa yang ada anak itu bawalah boleh bermain Fun Fair kat situ.

Wahhh

Fun and Fair

Satu hari berjalan memang penat weh, balik je dari Danga Bay memang Areel cari katil nak tidur sebab badan memang penat giler. Malam tu aduhai sakit perut pula tiba-tiba mungkin masuk angin kut hahaha standardlah memang perut macam ni kalau pergi ke tempat orang lain maka jadilah macam ni mungkin juga tak serasi dengan makanan disini kut hahaha bukan disebabkan Areel kuat makan ek sorry sikit.

Hari Ahad tu Areel balik Puchong dan badan pun masih lenguh sebab kena duduk lama dalam bas selama 5 jam. Syok juga pergi ke JB kalau ada masa boleh pergi JB lagi hahaha mana tahu dapat jodoh dengan orang JB kan so kalau pergi tahulah mana nak pergi dan jalannya pula lebih kurang macam kat KL juga. Itu jelah yang Areel nak sembangkan semasa berjalan ke JB ni.

Sweetnya

 

Tahniahlah

(1726)

infoareel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *