0

Kawanku kemalangan jalan raya

Em Areel nak kongsikan pengalaman Areel dengan anda semua tentang kawan yang telah mengalami kemalangan jalan raya dan alhamdulilah dia tidak tercedera ketika kemalangan itu berlaku.

Waktu itu kami telah hendak menonton wayang cerita Ngonkrong di IOI Mall pada hari rabu, yelah hari rabu kan murah sikit harga tiketnya dari hari-hari yang lain, setelah wayang tamat kami pun bergegas hendak balik rumah kerana esoknya masih hari bekerja dan kena balik awal.

Pada waktu di dalam kereta hendak menuju ke tempat lepak kami, Areel dalam kereta kawan yang satu lagi agak lewat keluar dan kami menuju ke jalan raya LDP yang masih lagi sesak dengan kereta, kawan Areel iaitu Almie (kawan yang terlibat dengan kemalangan itu) telah awal keluar dan berada di lorong kanan.

Almie terlibat dengan kemalangan itu bukan disebabkan atas kesalahan dia kerana sebelum dia terlibat ada satu kemalangan lagi yang berlaku tak jauh dari tempat berlakunya kemalangan dia dan menyebabkan laluan jalan raya agak sesak. Keadaan laluan lintas pada waktu itu agak padat dan hanya boleh bergerak dengan sedikit, Almie sebelum berlaku kemalangan tersebut telah sempat membrek dengan segera sebelum berlanggar kereta di hadapannya, tetapi malangnya kereta Limo Waja di belakangnya agak laju lalu telah menghentam kereta Almie lalu kereta Almie berganjak ke depan sedikit dan tak lama selepas itu datang pula Nissan Navara dari belakang menghentam kereta Limo Waja tersebut lalu menghentam kereta Almie dan kereta Almie menghentam kereta di hadapannya.

Kemalangan ini boleh dikatakan agak teruk juga dan yang paling teruk adalah keadaan kereta Limo Waja tersebut yang remuk di hadapan dan belakang keretanya, kereta yang bersalah adalah kereta Limo dan Nissan tersebut kerana memandu terlalu laju dan tidak menjaga jarak antara dua buah kereta untuk membolehkan kereta membrek dengan selamat.

Almie pula dalam keadaan terkejut dan ianya adalah kemalangan pertama Almie melibatkan kereta tambahan kemalangan berangkai. Areel dan kawan Areel berhenti untuk menolong Almie dan kawan-kawan yang lain telah patah balik dari tempat lepak segera datang untuk melihat kemalangan tersebut.

Selepas itu semua pemilik kenderaan pergi ke balai polis Bandar Kinrara untuk melaporkan kemalangan tersebut dan nasiblah semua pemilik kereta termasuk Almie dalam keadaan sihat dan tidak ada sedikit cedera pun. Almie balik dalam pukul 3 pagi setelah habis periksa laporan oleh polis bertugas, kereta pula kena tarik ke bengkel oleh ulat bengkel yang memang lalu di tempat tersebut.  

Almie waktu itu agak sedih dengan keadaan keretanya, tapi Alhamdulillah keadaannya tidak ada apa-apa itu yang paling penting.

 

 

(954)

infoareel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *