Contoh telefon bimbit

Hari ini Areel nak masukkan entri pasal telefon bimbit, sejak akhir-akhir ini ramai kawan Areel beli telefon baru dan Areel ada terbaca pasal ini kat internet dan nak kongsikan dalam blog ini. Yelah kat pasaran kan ada dua jenis keluaran iaitu original set dan satu lagi AP set, kebanyakan original set adalah keluaran dari kilang asal dan AP set keluaran dari china.

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda

1. Sila taip *#06#

2. Akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]

3. Semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8

                                    Contoh : 358671 01 7470473

                                    Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01

4. Berikut adalah kod untuk kualiti sesuatu telefon 

                                    02 atau 20 : dari China = Kualiti Rendah

                                    08 atau 80 : dari Germany = Kualiti Sedehana

                                    01 atau 10 : dari Finland = Terbaik

                                    00 atau 03 atau 04 : dari Kilang Asal = Sangat Terbaik

                                    13 : dari Azerbaijan = Sangat kurang kualiti dan merbahaya

Kalau ada sesiapa yang membeli sila cuba dan bandingkan dengan yang original set dan AP set yang berada di pasaran. Harga pun tidak jauh bezanya apalah sangat jika hendak sesuatu barang tu kualiti tinggi sebab kita menggunakannya setiap hari.

 

(1707)